Rasa saya masih ramai yang ingat kisah Tun Teja atau nama sebenarnya Khatijah Ratna Benggala anak kepada Bendahara Sri Amar DiRaja, kerabat Raja juga lah famili ni, kira macam Perdana Menteri lah sekarang ni, di negeri Pahang atau dulu di kenali sebagai Inderaputera, tunang kepada Megat Panji Alam, Putera Mahkota Terengganu. Tun Teja ni kiranya sangat lah cantik zaman tu, menjadi kegilaan ramai anak-anak Raja, dan yang beruntungnya Megat Panji Alam yang berjaya dapat menyuntingnya sebagai tunang.
Di zaman tu Kerajaan Terengganu selalu kena serang oleh tentera Siam dan kadang-kadang sampai ke Pahang sekali Siam dok serang gak sekali sekala. Jadi untuk menguatkan keadaan dua buah negeri tu, maka di gabungkan lah melalui perkahwinan DiRaja agar Siam pun takut lah juga nak serang. Tu la pasal Tun Teja ni di tunangkan dengan Megat Panji Alam. Bengong la puak Siam sekejap.
Orang Kelantan masa tu tak leh nak tolong dah dia sendiri kena sengkeh kepala kat Siam, tiap-tiap tahun kena bayar ufti duit Emas. Jadi geng-geng Siam kat Kelantan merebak lah nak takluk pula Terengganu....kecut perut la Terengganu, tu pasal cari jalan macam mana nak sekat geng-geng Siam ni jadi terpaksalah bergabung dengan puak Pahang. Tu cerita yang masuk akal lah.
Di zaman tu Kerajaan Terengganu selalu kena serang oleh tentera Siam dan kadang-kadang sampai ke Pahang sekali Siam dok serang gak sekali sekala. Jadi untuk menguatkan keadaan dua buah negeri tu, maka di gabungkan lah melalui perkahwinan DiRaja agar Siam pun takut lah juga nak serang. Tu la pasal Tun Teja ni di tunangkan dengan Megat Panji Alam. Bengong la puak Siam sekejap.
Orang Kelantan masa tu tak leh nak tolong dah dia sendiri kena sengkeh kepala kat Siam, tiap-tiap tahun kena bayar ufti duit Emas. Jadi geng-geng Siam kat Kelantan merebak lah nak takluk pula Terengganu....kecut perut la Terengganu, tu pasal cari jalan macam mana nak sekat geng-geng Siam ni jadi terpaksalah bergabung dengan puak Pahang. Tu cerita yang masuk akal lah.
Berita kecantikan Tun Teja ni merebak sampai ke Melaka. Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah memang playboy, tak leh dengar ada yang dahi licin sikit mula lah nafsunya membuas. Tak kira anak dara mana, tunang orang ke, selamba jer nak di rampasnya...gangster gak Sultan Melaka ni. Tapi sebenarnya dia bukan macho mana pun, kalau takde Hang Tuah jangan harap la dia leh dapat awek cun...bermimpi jer la. Maka Hang Tuah pun dititahkan untuk menjayakan misi nafsu berahi Sultan Melaka tu.
Hang Tuah ni seperti yang saya pernah citer la...taat setia semacam. Lalu dipikul lah tanggung jawabnya tu untuk mencapai hasrat nafsu buas Sultannya. Nasib baik gak la masa tu geng-geng Siam tak tahu kat Pahang tu ada awek cun comel lote. Kalau tidak melopong lah Sultan Melaka. Bila kat Melaka Siam pun tak berani nak pegi kerana Melaka masa tu kuat ada pula 5 Hang tu, kira hebat mana tomoi Siam pun takleh nak makan silat 5 Hang tu.
Hang Tuah ni seperti yang saya pernah citer la...taat setia semacam. Lalu dipikul lah tanggung jawabnya tu untuk mencapai hasrat nafsu buas Sultannya. Nasib baik gak la masa tu geng-geng Siam tak tahu kat Pahang tu ada awek cun comel lote. Kalau tidak melopong lah Sultan Melaka. Bila kat Melaka Siam pun tak berani nak pegi kerana Melaka masa tu kuat ada pula 5 Hang tu, kira hebat mana tomoi Siam pun takleh nak makan silat 5 Hang tu.
Dulu takde highway, jadi kena lah guna sungai dan laut. Naik djong. Kira cruise la. Bukan dekat pun nak pegi ke Pahang tu. Ya la dari Melaka kena turun ke selatan lalu kot Temasik sekarang ni Singapura la pah tu pusing naik balik ke timur lalu ikut Pulau Tioman mudik ke hilir baru sampai ke Pekan. Mengikut riwayat pelayaran tu memakan masa 40 hari. Kalau mabuk laut memang sah muntah hijau. Kalau masa candat sotong pun muntah ini kan pula di tengah lautan gelora.
Nasib baik kat Pahang kalau kat Kelantan naya gak silap-silap belum sampai dah tenggelam banjir. Belayar punya belayar akhirnya mendarat kat jeti sekarang ni mungkin kat Sungai Miang di Pekan la kot...situ sungai besar, kalau sungai sempit mana nak ada jeti. Menasabah lah kat situ tu...Hang Tuah ni pun terror gak ilmu geografi nya. Tak lah sesat pulak sampai ke Kemaman kalau tidak tak pasal-pasal kena turun balik....ye la masa tu mana ada GPS, main ikut panduan bintang jer la...pelaut selalu guna bintang Polaris la. Kira hebat gak la geng-geng Melaka tu tak sesat. Tapi rasanya kalau takde bintang Polaris harus belayar sampai ke pulau Jeju Korea Selatan.
Nasib baik kat Pahang kalau kat Kelantan naya gak silap-silap belum sampai dah tenggelam banjir. Belayar punya belayar akhirnya mendarat kat jeti sekarang ni mungkin kat Sungai Miang di Pekan la kot...situ sungai besar, kalau sungai sempit mana nak ada jeti. Menasabah lah kat situ tu...Hang Tuah ni pun terror gak ilmu geografi nya. Tak lah sesat pulak sampai ke Kemaman kalau tidak tak pasal-pasal kena turun balik....ye la masa tu mana ada GPS, main ikut panduan bintang jer la...pelaut selalu guna bintang Polaris la. Kira hebat gak la geng-geng Melaka tu tak sesat. Tapi rasanya kalau takde bintang Polaris harus belayar sampai ke pulau Jeju Korea Selatan.
Hang Tuah ni sebelum menjalankan misinya, dia buat research dan homework dulu. Di kajinya kawasan tu dan di mana serta siapa yang hendak di gunakan dalam misinya tu. Kira-kiranya dia ni ada ilmu dalam bidang town planning gak la. Dia kena study layout kawasan istana dan sekitarnya, kalau jadi apa-apa senang nak cabut. Kalau pergi bodoh macam tu memang lunyai lah di kerjakan pengawal-pengawal istana.
Tempat pertama di tuju adalah rumah inang pengasuh Tun Teja. Namanya kalau tak silap lah Dang Ratna, kira pangkat nenek gak la. Dia ni memang bebas keluar masuk kawasan istana. Rumah Tun Teja ni memang dalam kawasan istana, ya lah anak orang besar takkan nak tinggal kat hujung kampung. Di gula-gulakan nenek tu dengan kain yang mahal-mahal buatan China yang tak pernah nenek tu tengok seumur hidup. Kat Melaka memang banyak kain sutera China yang di bawa oleh pedagang-pedagang China...tak jadi hal setakat sepuluh helai...entah-entah dapat free. Semua orang kenal Hang Tuah. Berani tak nak bagi kalau geng-geng Hang yang minta. Tengok orang lah dulu kalau tak nak bagi pun.
'Kamu ni datang dari mana? Tak pernah nampak pun selama ni'
'Saya ni dari Melaka nek, nama saya Tuah, saja lah ke mari untuk intai-intai peluang kalau-kalau boleh berniaga kat sini'
'Ooo gitu...cam ada makna jer ni...kamu ni berniaga apa?'
'Berniaga kecilan...ada lah kain baju dan juga sutera dari China..'
'Kira saudagar besar la kamu ni...ada gudang dan ramai pekerja lah ya.'
'Takde cam tu la, saya ni berniaga runcit, orang Kelantan kata tok peraih.'
'Karpet takde ke?'
'Tu orang Pakistan, macam geng Bangla ada la jual tu, saya tak berniaga benda tu...kalau semua saya nak pulun berniaga dia orang tu nak berniaga apa pula kan...karpet tu memang kemahiran dia orang...bila jual karpet selalu cakap adik manis ni hutang juga bole, saya tak reti sangat ayat-ayat cam tu'
Sambil di keluarkan lah barangan kain, ada yang berjenama top masa tu lebih kurang Versace, Lanvin, LV lah kalau sekarang ni. Di kebas-kebasnya atas muka nenek tu biar nenek tu teruja nampak kain sutera China yang memang terkenal halus dan tinggi mutunya. Hebat gak Hang Tuah ni main politik dengan nenek tu.
'Nek tengok la mana-mana yang berkenan'
'Ini mahal mesti nek tak mampu'
'Nek kan keje kat istana, mesti kena pakai yang elok-elok sikit baru ada ummmph jadi pengasuh Tengku Puteri'
'Tapi nek tak mampu la, bayar ansur bole ke, kalau bunga tinggi tak mau la ...tu riba namanya'
'Dengan nenek ni kira cincai jer la'
'Cincai mincai...nanti nenek juga yang muflis'
Hang Tuah dah dapat idea macam mana nak tackle hati nenek pengasuh ni. Bukan susah pun, bagi sikit hadiah yang memang nenek tu minat pasti lepas tu minta apa pun nenek tu tolong. Tinggi gak ilmu putar alam Hang Tuah ni. Kalau sengkek dan lekeh mana leh jadi ayam tambatan Sultan. PR dan putar belit kena hebat. Hang Tuah dah tau kalau nak penetrate istana mesti ada networking, jadi nenek ni lah jadi orang perantaraannya. Geliga betul otak Hang Tuah ni.
'Kamu sekarang tinggal dimana?'
'Belum tentu lagi nek...perantau macam saya ni mana lah ada tempat tinggal...tidur kat surau jer la'
'Surau tepi sungai tu banyak nyamuk...nanti tak pasal-pasal kena malaria lak, sini takde tempat rawatan yang canggih...dukun ada la'
Kelakar juga nenek istana ni rupanya.
Hang tuah dah mula nak masuk daun. Nenek ni pun jenis orang lurus, bukan susah nak dijinakkan pun.
'Apa kata kamu tinggal saja dengan nenek lagi pun nenek ni sebatang kara bukan ada anak pun'
'Eh...saya tak suka nyusahkan orang...nenek ni buat saya segan pula'
Baik punya ayat Hang Tuah.
'Apa nak segannya...ni nenek ikhlas...'
Hang Tuah tau jeratnya dah mengena. Memang tu pun tujuannya, nak tinggal kat kawasan istana agar senang mencapai misinya. Nenek tu bukan tau apa pun, dia hanya pandai mengasuh Tun Teja jer la.
'Nek ambik sutera yang warna biru ni, memang sesuai sangat kalau nek pakai...nampak bertambah seri'
Hang Tuah jack kow kow punya nenek tu. Ni kali lah, kalau tak terlepas peluang keemasan nak larikan Tun Teja ni.
'Kamu ni...nek dah tua la...tak payah la'
'Kalau nek tak ambil ni saya pun tak nak tinggal kat sini la...saya ikhlas nenek tolak, saya rasa malu semacam la nek'
Ayat kena baik, kalau silap ayat merajuk nenek tu haru biru jadinya.
'Tak pe la kalau kamu dah cakap cam tu...nek ikut jer la kata kamu'
Sebenarnya tu lah strategi Hang Tuah, bila nenek tu pakai pakaian dari sutera tu mesti Tun Teja tanya mana dapat...masa tu la dia kan dapat jumpa Tun Teja. Hebat betul perancangan nya...forward planning tu.
'Kamu dah makan ke lom?'
'Lom lagi nek...tengah jalan tadi ingat nak pekena sup ekor dengan kangkung goreng belacan, dia orang cakap tukang masak dah balik Siam..tu saja la yang saya biasa makan, saya tak biasa dengan makanan kat sini'
'Nanti selepas balik istana nek akan masakkan kamu boleh kita makan malam bersama.'
'Baik lah nek...sementara tu boleh tak kalau saya merayau-rayau kat kawasan istana ni...nampak sangat cantik laman taman istana ni.'
'Boleh tapi jangan sampai kat kawasan larangan sudah la'
'Tu kat mana lak?'
'Dekat dengan bilik beradu Tun Teja dan Balai Rong Seri...lain-lain tempat ok la.'
'Baik nek...saya ingat pesan nek tu.'
Sementara nenek keluar rumah pergi ke istana Hang Tuah ambil peluang tinjau-tinjau seluruh kawasan istana kecuali tempat-tempat larangan tersebut. Nak bawa lari tunang orang bukan senang tapi demi tugas kenalah juga buat. Entrance-exit dan escape door semua dia kaji dengan teliti.
'Tun Teja ni mesti cantik kan nek'
'Memang cun giler la, semua anak Raja dok tergilakan dia, tapi ye lah dah bertunang dengan anak Raja Terengganu, tak lama lagi kahwin la dia.'
'Ni nek dah masak untuk malam ni, sila lah'
'Masakan apa ni nek?'
'Ni masak tempoyak ikan patin...ni patin muncung, paling sedap, kat Pahang ni memang terkenal la'
'Kalau cam ni boleh gemuk la saya nanti'
'Kalau kurus kering nak pikul kain tu mana larat.'
'Betul gak kata nek...saya suka ikan sungai...kangkung goreng belacan takde ke nek?'
'Kangkung air yang menjalar kat dalam parit tu banyak, tu masak lain kali la, nenek ni dah tua nak masak semua mana larat. Jangan banyak tanya, makan apa yang ada jer la'
'Maaf nek, bukan apa...kangkung ni kan bagus untuk kesihatan...kempunan pun yer ni...kalau nek masak mesti terbaik la'
Tu kata-kata penyedap nak ambik hati nenek. Pada hal tak pernahnya makan gulai tempoyak ikan patin ni. Sebenarnya Hang Tuah ni mula kemaruk dengan kangkung ni masa belajar silat. Melor, anak Sifunya lah yang mengajar Hang Tuah ni makan kangkung. Selepas tu dia mula gian manjang dengan kangkung...sampaikan kawan-kawannya yang lain-lain Hang tu panggil Hang Tuah dengan nama manjanya Tuah Kangkung.
'Makan lah ye, tempat kamu ada gak ke masakan cam ni?'
'Tempat saya masak asam pedas dan cencaluk memang mashyur la, kena pulak ulam tenggek burung...peergh terangkat'
'Ini budu, kamu cuba la...kena lak cili api, bawang potong dan perahan limau ni...masuk lak isi ikan bakar...terbaik wok...ye la..lain padang lain belalang kan'
Nenek ni kira nerd betul, dia tak tahu putar belit Hang Tuah. Nanti dengan nenek-nenek ni menganggur bila Tun Teja kena bawa lari. Mesti Sultan terminate dia punya kerja lah...tu sudah pasti. Ni kes besar, bukan boleh pandang ringan sebelah mata jer. Anak kesayangan pembesar negeri kena bawa lari, memang lah berita sensasi. Pasti punya nenek tu di tuduh cuai. Masa tu mana ada CCTV, jadi senang sikit lah kerja Hang Tuah. Kalau sekarang belum kuar kuala dah kena tangkap tambah lak dengan fon kamera yang canggih, sekejap jer masuk FB. Tak kemana lah jawabnya. Lokap la.
Dalam masa 2-3 hari tu Hang Tuah ke pekan buat-buat berniaga kain kononnya. Tapi tujuan sebenarnya untuk melihat kawasan persekitaran dan mana-mana jalan pintas yang boleh di gunakan nanti. Otak kena berputar kalau balik tanpa Tun Teja Sultan lak murka, gaji kena hold, parah lah juga nak hidup. Dah banyak kali geng-geng Hang tu Sultan hold gaji bila saja dia buat perangai, terpaksa lah berhutang dengan chettiar kat pelabuhan. Chettiar tu bagi berhutang ada sebab, maklumlah hutangkan pegawai-pegawai istana, kalau ada masalah kat pelabuhan pasti leh settle punya. Hang-Hang tu pun dah tau putar belit chettiar tu, memang kuat belitnya. Tapi takpe lah kira win-win.
'Eh cantiknya baju nek pakai ni...kain sutera lagi tu...mana nek beli ni...'
'Oooh ni hadiah dari seseorang Tengku Puteri'
'Aik bila masa nek keluar istana jumpa orang...nek ada pakwe ye?...ni mesti pegawai istana...kalau orang biasa mana mampu beli...ni berjenama punya'
'Tengku Puteri ni, mana patik ada pakwe....malu lah'
'Baik nek cakap betul-betul, jangan sampai ayahnda tahu nek ada skandal dengan pegawai istana'
'Eeeh sumpah takde Tengku Puteri, ada orang yang hadiahkan'
'Sapa orang tu?'
'Ada kat rumah patik'
'Pakistan ke bangla?'
'Orang kita la Tengku Puteri'
'Tua ke muda?'
'Masih muda dan sangat kacak orangnya.'
'Boleh bawa orang tu jumpa beta?'
'Patik kena tanya dulu Tengku Puteri'
'Ni arahan mana boleh nak minta izin dia...ni perintah dari beta.'
'Tapi mana orang biasa boleh masuk istana'
'Geliga gak otak nek ni ya'
'Patik akan aturkan janji temu tu...Tengku Puteri sabar jap jer...nanti patik selesaikan semua ni'
'Tau takut....kalau tak buat juga janji temu tu nanti beta suruh ayahnda tangguh gaji...ngerti?'
'Ngerti Tengku Puteri'
Rupanya dari dulu sampai sekarang ayat ugut ni di guna pakai. Memang lemas lah macam ni. Kejap-kejap ugut. Bukan saja ugut silap haribulan kena lucut jawatan. Jadi kena pandai kipas la dan kena jadi yes man. Kalau tunjuk pandai sikit jer siap lah...dah kira pandai lawan tokey...tunjuk pandai sikit jer susahlah nak survive. Tu pasal kalau ada ilmu tinggi sikit tak boleh kerja dalam istana, mesti kena cantas. Masing-masing dok tunggu peluang nak naik atas...kawan sendiri pun tikam belakang...dari dulu sampai sekarang sama jer.
Maka nenek pun bergegas pulang ke rumah untuk mengkhabarkan berita dan perintah Tun Teja kepada Hang Tuah. Ketika sampai di rumah Hang Tuah tak ada mugkin kat pekan tengah berniaga kain. Dengan tak sabar dan hati yang penuh gelisah yang teramat nenek menunggu Hang Tuah di pintu pagar. Berpeluh sakan nenek tu. Dada lak dup dap dup dap bukan main kencang lagi. Kalau kena serangan jantung parah gak. Harap ke dukun pakai akar kayu jer la. Sekarang dah canggih ada gak IJN.
'Assalamualaikum nek'
'Waalaikummussalam...leganya hati nek ni'
'Nape nek nampak macam orang gelisah jer ni, ada apa-apa terjadi kat istana ke?'
'Memang ada masalah besar ni, kamu kena tolong nenek gak ni'
'Bawa bertenang nek, ni berat kain kat atas belakang ni, nanti saya turunkan barang ni pah tu kita citer la.'
'Lupa lak nenek kain kat atas belakang kamu tu....berat gak tu...masa pegi tadi pun cam ni gak, tak laku ke?'
'Dah biasa nek...ada hari bulan terang kalau tak gelap gelita...nama lagi berniaga, takkan nak untung manjang...ni kan tengah bulan, gaji belum lagi la..ramai yang dok belek-belek jer pah tu cabut'
Hang Tuah pun turunkan bungkusan kain dari atas belakangnya dan diletakkan di penjuru beranda rumah. Peluh masih banyak yang mengalir keluar. Dalam hati menyumpah gak kat Sultan Melaka tu, pasal nak puaskan nafsu gilanya tu la dia kena buat semua ni. Dah jadi kuli terpaksalah kena kerja. Jawatan kat istana nak tapi kerja sikit nak merungut. Mana leh jadi. Bila gaji kena hold tau pulak marah.
'Ni semua pasal kain sutera yang kamu bagi ni la...aduh dah jadi hal la pulak'
'Tak faham nek, apa salah ke pakai kain ni kat dalam istana?'
'Tak salah tapi dah jadi masalah besar pada nenek'
'Nenek cakap betul-betul, pening la'
'Tun Teja dah soal siasat nenek...silap haribulan tak bergaji nek ni'
'Aduh, macam mana jadi gini?'
'Tu la dari awal nek tak mau, tapi kamu yang beria-ia'
'Tak pe nek, sabar...oleh kerana saya puncanya biarlah saya yang menyelesaikannnya'
'Memang pun kamu kena bertanggung jawab'
'Apa yang Tun Teja nak, cer citer'
'Nak jumpa kamu'
Terduduk longlai bila mendengar yang Tun Teja nak jumpa. Sebenarnya Hang Tuah berlakon longlai depan nenek, kononnya terkejut sangatlah tapi dalam hati sungguh gembira tak terkata. Lakonan kena baik jangan sampai pecah tembelang. Bab berlakon ni Hang Tuah kira handal gak la. Dah biasa wat keje begini, apa ke heran. Taming Sari senang-senang di kelentong ni kan pula setakat nenek inang pengasuh, memang masak lah kena goreng.
'Apa kata Tun Teja?' Di tanya nenek tu dengan gaya terkejut.
'Dia suruh nek aturkan pertemuan, ni nek tengah fikir ni...di mana yang sesuai...kalau Sultan tahu tiga bulan gaji kena potong tak usah citer pasal bonus lah sah takder punya.'
'Nenek wat pe duit banyak-banyak bukan ada anak pun nak di bagi'
'Kamu cakap sedap la...ingat apa nenek ni pun sekali sekala nak gak melaram kat pekan tu...mana tahu bertemu jodoh'
'Nek ikut saya pegi Melaka saya leh carikan jodoh untuk nek'
'Betul ni?'
'Betul la....macam mana nek punya cita rasa...ada yang mata sepet, yang hitam, yang macam Benggali, Bangla, pedagang-pedagang Arab dan Pak Hitam Afrika pun ada...pilih jer'
'Eish kamu ni biar lah yang sesuai dan romantik sikit...nek ni kan dah tua...kawin bukan kerana nafsu tapi untuk di jadikan teman jer.'
'Chettiar mahu?...Tu kaya orang nya tapi kedekut sikit la'
'Nek bukan tengok harta dan paras rupa tapi lebih kepada yang bertanggung jawab'
'Ceeewah hebat citarasa nek ni...ayat nek ni pun boleh tahan juga rupanya'
'Citarasa-citarasa gak...kes kamu ni macam mana nak selesaikan?'
'Saya takleh pegi istana jadi kena lah bawa Tun Teja datang rumah nek ni..amacam...bagus tak cadangan saya?'
'Geliga gak otak kamu ni yer'
'Peniaga kain biasa lah nek kena tinggi ilmunya...kalau tak camner orang tertarik barangan jualan kita tu.'
Mereka berdua memikirkan cara terbaik untuk membawa Tun Teja datang ke rumah nenek inang pengasuh. Oleh kerana nenek inang pengasuh adalah orang yang free boleh keluar masuk maka takde la masalah sangat cuma kena cipta sebab kiranya bonda Tun Teja tanya nanti. Tun Teja ni menurut nenek ada gak bertandang ke rumah nenek ni bila nak buat treatment spa dan urut badan...Tun Teja suka di urut di tempat yang ada angin cross ventilation gitu...outdoor spa la kiranya. Kalau dalam biliknya rasa berkuap. Ini boleh gak jadi alasan terbaik untuk Tun Teja datang ke rumah nenek ni. Cuma biasanya Tun Teja datang dengan di iringi dayang-dayang...macam mana nak kelentong dayang-dayang ni pula. Satu hal gak ni.
'Anak muda yang tinggal kat rumah nenek tu namanya Tuah, baik orangnya....dia ke sini sebagai perantau sambil berniaga kain sutera... asal dari Melaka'
'Pernah dengar Melaka tu tapi tak tau kat mana'
'Nak tau pasal Melaka Tengku Puteri boleh lah tanya kalau jumpa dia nanti. Malam ni lepas maghrib dia ada lah kat rumah, kalau siang hari takde nya dia...biasanya kat pekan lah berniaga.'
'Kalau macam tu kira lepas maghrib lah...'
'Dayang-dayang macam mana lak?'
'Tu kecik punya hal, pandai lah beta kelentong nanti. Nek datang ambil beta karang, beta tunggu kat sini sampai nek datang, amacam?'
'Baik lah Tengku Puteri'
Jam 7.30 malam nenek inang pengasuh dah sampai di bilik Tun Teja. Mereka berdua secara senyap-senyap keluar dari pintu belakang bilik beradu Tun Teja. Takut juga terserempak dengan bondanya nanti banyak pula soal jawabnya, setakat dayang istana tu takde hal boleh lepas lagi.
Malam itu bulan penuh sedang mengambang. Bayu malam berhembus lembut menjadikan suasana begitu syahdu. Mereka berdua berhati-hati mengatur langkah menuju rumah nenek pengasuh. Sekali sekala di toleh ke belakang serta kiri kanan kalau-kalau ada pengawal istana yang perasan langkah mereka berdua. Langkah di atur cepat agar segera sampai ke tempat tujuan. Jantung Tun Teja berdegup kencang, kerana lajunya langkahan serta terujanya untuk ketemu orang yang bernama Tuah.
Ketika mereka berdua menghampiri tangga kelihatan Hang Tuah sedang berdiri di beranda di dalam samar malam. Hang Tuah tak lah berdegup kencang sangat jantungnya...dah biasa lah buat kerja melarikan orang ni...kerja tackle awek ni kira dah sebati dengan jiwanya dan juga merupakan tugas hakiki sebagai penjawat istana. Dia buat selamba jer bila nampak Tun Teja melangkah naik anak tangga menuju ke beranda. Di ruang tamu pelita telah di pasang. Pertama kali nampak wajah Tun Teja secara dekat, baru lah kencang berdegup jantung Hang Tuah. Rupa-rupanya confirm lah Tun Teja ni cantik giler, teruja gak Hang Tuah. Ya lah dia pun lelaki gak macam Sultan Melaka tu, manusia yang segala organ masih berfungsi dengan baik, mesti lah teruja tengok awek cun.
'Duduk la dulu ye...biar patik sediakan air minuman kat dapur'
'Ampunkan patik Tengku Puteri, bukan niat patik nak menyusahkan Tengku Puteri bertandang ke sini'
'Tak mengapa, sebenarnya beta yang beria-ia benar nak jumpa kamu'
'Ampun Tengku Puteri, ada apa yang boleh patik bantu'
Dalam hati Tun Teja berkata bahawa kacak gak orang Melaka ni, kalau jadikan pakwe berjalan-jalan kat pekan tak la malu, bangga ada lah kot. Dah mula tak tentu arah jadinya Tun Teja bila mata bertentangan dengan Hang Tuah mat Cassanova Melaka ni.
'Kamu ke Pahang ni kerana apa?'
'Berniaga sikit-sikit Tengku Puteri...ada la jualan kain dan baju siap'
'Beta tengok kain yang kamu bagi kat nenek tu cantik betul'
'Ooo tu kain sutera China, memang yang jarang ada di jual kat kedai, memang susah nak cari semua ni...kira barangan terhad la... kalau Tengku Puteri nak tengok boleh patik ambilkan'
'Elok juga tu boleh beta tengok kalau ada yang berkenan boleh beta beli'
Lalu Hang Tuah pun masuk ke bilik untuk mengambil sample kain yang di bawa khas untuk Tun Teja sebenarnya. Sementara tu nenek bawa talam yang penuh dengan kuih muih dan air minuman sambil di persilakan Tun Teja minum sementara menunggu Hang Tuah keluar dari biliknya. Sambil menikmati hidangan, Tun Teja tersenyum tersengih macam orang sedang teruja akan sesuatu.
'Tengku Puteri santap la dulu, patik nak masuk ke dalam jap'
'Ni dia contoh kain dan baju yang patik jual Tengku Puteri'
'Wah...cantiknya...cuba kamu selimutkan pada badan beta yang merah jambu ni...mesti cun giler kan'
Lalu Hang Tuah pun buat malu-malu selimutkan pada badan Tun Teja. Bau harum badan Tun Teja buat Hang Tuah kelam kabut dan terketar-ketar. Walhal dah banyak awek cun yang dia dah usha selama ni, tak ada pun sangat masalah. Hebat gak penangan awek Pahang ni, fikir Hang Tuah. Baru dia tahu macam mana kehebatan awek Pahang ni.
Nenek tak kuar-kuar dari biliknya. Kira bagi can la kat Tun Teja dan Hang Tuah ni dok sembang-sembang. Kalau nenek ada kan kacau daun lak nanti. Orang yang banyak pengalaman mesti tau semua ni. Sempoi gak nenek ni.
'Memang kena la dengan Tengku Puteri, cantik yang teramat. Tengku Puteri pakai apa pun cantik kerana memang secara azali lagi Tengku Puteri ni cantik, tak da apa yang cacat celanya, markah penuh 10/10'
'Lain macam pujian kamu ni. Tak payah nak puji-puji beta tak makan pong punya...simpan la pujian kamu tu dalam poket' sambil tersenyum Tun Teja berkata. Tapi dalam hati teruja habis.
'Lain macam pujian kamu ni. Tak payah nak puji-puji beta tak makan pong punya...simpan la pujian kamu tu dalam poket' sambil tersenyum Tun Teja berkata. Tapi dalam hati teruja habis.
Wah memang terbaik ayat Hang Tuah ni, memang boleh melting la hati-hati yang mendengarnya. Power giler ayat tu. Aduh Hang Tuah ni hebat mengalahkan jejaka Lombok main ayat cinta cintan. Boleh jiwang habis. Tun Teja tersenyum hingga hujung bibirnya sampai ke telinga. Seronok benar nampaknya Tun Teja ni. Memang sah dah mula angau.
'Semua barangan dagangan kamu ni bernilai tinggi la...mana dapat bekalan kain ni? Heran gak beta...bukan sembarangan orang yang mampu berniaga barangan bernilai tinggi ni.'
'Patik ambil terus dengan pembekal China...tak da orang tengah...tu patik dapat barangan tulin dan kualiti tinggi ni...'
'Patut la...ambik terus dari pembekal....beta nak semua ni kamu jangan jual pada orang lain...berapa harga belakang kira'
Terfikir oleh Hang Tuah, biar betul Tun Teja ni nak ambik semua, beribu harga tu...nanti susah kalau misi ni fail, camner nak jawab dengan Sultan...kain dah habis Tun Teja lak tak dapat...lingkup cam ni...pah tu main kira belakang, ni yang tak sedap kalau kira kat depan kan senang boleh terus tahu nilainya. Masalah besar gak buat Hang Tuah.
'Kalau Tengku Puteri ambik semua kira tak berniaga lah patik'
'Habis kamu datang sini nak habiskan jualan...betul tak?'
'Betul tu Tengku Puteri'
'Sepatutnya kamu bersyukur kerana jualan kamu cepat habis, takkan tu pun susah nak fikir, bengap juga kamu ni ye'
Kena sebiji atas muka Hang Tuah. Tersengih-sengih la jadinya. Silap cakap dan cakap pun pakai otak kat lutut memang kena la....Hang Tuah tak Hang Tuah...hang kurang cerdik kena la bantai.
'Maksud patik dah abih la kerja patik...patik sebolehnya nak tinggal lebih lama sambil berniaga di sini'
'Pandai menjawab kamu ni ya...sapa kata kamu tak boleh tinggal lama kat Pahang ni....nak berkampung kat sini pun boleh takde yang larang'
Makin kuat Hang Tuah kena bantai. Tadi dia ingat setakat Tun Teja ni kacang jer la boleh lentuk punya. Sekarang sapa yang lentuk dulu. Memang Hang Tuah tak sangka langsung nak kena hentam macam ni, nampaknya kena tukar strategi.
'Pegi panggil nenek, beta nak balik dah ni, malam pun makin larut, dapat tahu kat ayahnda nanti kena leter la, kamu apa tahu?...Tahu jual kain jer la...bungkus elok-elok nanti esok beta suruh dayang datang ambil'
Hang Tuah pun berlalu pergi panggil nenek inang pengasuh. Tergesa-gesa nenek inang pengasuh datang. Hang Tuah punya muka dah naik biru, malu pun ada. Niat nak usha Tun Teja tak kesampaian. Dia ingat dia hebat semua awek leh jatuh ke tangannya. Tapi Hang Tuah ni tak cepat putus asa, mungkin ni cara Tun Teja saja nak test skill Hang Tuah. Sebenarnya Tun Teja buat macam tu supaya tak nak nampak sangat yang dia sukakan Hang Tuah ni. Mesti jual mahal. Apa kelas pula nak jual murah dengan peniaga kain yang sama standard dengan Bangla....tapi cinta tak kenal siapa. Malam ni adalah malam yang sungguh perit buat Hang Tuah. Malang betul la, tak kesampaian hajatnya.
Masa Tun Teja berlalu dengan nenek Hang Tuah intai kat celah tingkap dengan putih mata. Tak berani dia nak berdiri kat muka pintu. Nanti tak pasal-pasal kena sembur lagi, baik nyorok, pasti selamat. Sempat gak lagi mengintai walau baru kena hentam. Hang Tuah mula memikirkan strategi baru camner nak buat Tun Teja yang timing semacam ni jatuh hati padanya. Dia ada lagi talian hayat yang masih belum di gunakan iaitu dia pandai main seruling dan menyanyi. Suara dia ada kelas tersendiri. Biasanya setelah dengar nyanyian buluh perindunya burung pun berhenti...yang berhenti burung tuli la kot. Malam ni belum boleh lagi guna talian hayatnya ni, kena tengok masa yang sesuai. Tengoklah nanti menjadi ke tak rancangan seterusnya.
Hang Tuah menyumpah dalam hati marahkan Sultan Melaka...ya la tak pasal-pasal kena hampuk dengan Tun Teja...yang seronoknya nanti Sultan Melaka, yang kena hampuk menanggung malunya Hang Tuah. Tak patut betul Sultan Melaka ni. Dan yang kelakarnya di suruh Hang Tuah jual kain tu dah standard Bangla karpet. Kalau jual emas permata baru ada kelas sikit. Tapi susah gak permata ni biasa orang Gurkha/Nepal yang conquer, lagi takde standard main jual tepi jalan kat lorong-lorong. Payah gak nak cari barang glamour nak di jual masa tu. Kalau sekarang boleh la jual jam berjenama macam Patik Phillipe ke...dulu memang terhad...takkan nak bawa cengkih dan lada hitam...lagi la teruk...apa kelas.
'Nek...Tuah tu kacak betul ye. Beta teruja juga dengan wajahnya tu, badan pun sasa memang jadi idaman wanita la'
'Tadi nenek dengar Tengku Puteri cakap semacam jer dengan Tuah tu sampai kebiruan mukannya, ada hal yang Tuah cakap tak betul ke?'
'Takde apa la...saja jer beta cakap cam tu nak tengok reaksi dia, dia nampak ok, jenis sabar orangnya, tu jenis orang yang beta suka.'
'Patik ingat kan apa tadi, kesian gak tengok Tuah tu...nasib baik lah Tengku Puteri tak maksudkan apa-apa yang tak elok'
'Kita dah sampai ni nek....nek balik lah dulu layan Tuah tu...kirim salam kat dia...ingatkan dia suruh nyatakan berapa jumlah semua harga kain tu, nanti beta bayar la'
Semasa nenek tiba di rumah kelihatan Hang Tuah sedang termenung di beranda, nampak macam orang yang sedang di lamun duka. Kira tengah frust sangat la tu. Mau tak duka lara baru kena hempuk dengan Tun Teja tadi...tajam dan pedih masih terasa la tu. Sapa-sapa pun sedih kalau kena cam tu. Kena pula dengan orang nak kita tackle...memang emo la jadinya. Kalau boleh muka tu nak kena sorok dalam kain pelikat.
'Kenapa dengan kamu ni, macam ayam berak kapur jer'
'Takde apa la nek, tengah pekena sirih pinang ni....nak buang badi'
'Lain macam jer bunyi...sedih sakan nampak'
'Tak sedih mana pun...pedih jer terasa'
'Sebelum nenek terlupa tadi Tun Teja ada pesanan untuk kamu'
'Pesan apa nek...pesan buruk ke baik?'
'Dua-dua'
'Jangan wat kelakar lak nek...ni jiwa tengah kacau'
'Yang tak baiknya dia suruh kemaskan kain yang dia beli tu elok-elok jangan lak sampai dia melenting tengok kamu bungkus cincai-cincai'
'Oh camtu, takde lah berita buruknya tu...bereh nek bisa di atur...yang berita baiknya apa pula'
'Dia suruh kira nanti esok nenek bagi pada dia berapa jumlah semua harganya kalau nak ambik hati dia kamu bagi harga potongan banyak la sikit dan satu lagi dia kirim salam kat kamu'
'Biar betul nenek jangan buat lawak pula...teruja ni'
'Kamu ni...tak percaya tanya la dia nanti'
Tersenyum tersengih Hang Tuah bila dengar Tun Teja kirim salam. Ada can la nak teruskan hajat. Nampaknya kenalah cari soft spot Tun Teja tu, mungkin gak nenek boleh bagi clue...wah seronok betul Hang Tuah.
wah...panjang lagi nak habis ni, nampaknya kena sambung lagi di bahagian (3)...tunggu ye.
No comments:
Post a Comment