Saya sudah terlupa akan pertanyaan mereka tadi kerana asyik
dengan ketawa dan gurau senda yang tidak kehabisan.
“Ok…untuk pertanyaan kamu tadi tu…jawapan saya ialah bila selepas
makan, orang yang tahu apa erti dan makna perbuatan tersebut melakukan demikian
menunjukkan dia seorang yang berpengetahuan dari segi adab susila makan…faham
ke tak ni…terkebil-kebil jer.”
“Kami sedang mendengar ni…teruskan lah wahai sifu,” kata Elizabeth
yang sedang mendengar dengan teliti tiap patah perkataan saya tadi.
“Menjilat jari selepas makan adalah perbuatan yang pernah
Nabi kita lakukan…di hujung jari kita ni terdapat enzyme yang membantu
penghadaman dengan chemical reaction yang terjadi setelah berada dalam mulut
kita…dan dengan membasuh tangan sebelum makan bermakna kita yakin dengan kebersihan
berbanding guna sudu garfu…itu sebab ramai yang terkena hepatitis B bila
menggunakan alatan lain selain tangan sendiri…penyakit kuning di sebabkan oleh
jangkitan bakteria pada sudu garfu…dan sekarang orang Jepun, Korea dan China
atau lain-lain bangsa yang menggunakan chop stick telah beralih kepada
penggunaan disposable chop stick…ada faham ke wahai dewi-dewi ku tersayang…”
“Sangat masuk akal,” kata Elizabeth.
“Apa tak masuknya…sangat masuk lah…best kan.”
“Uncle…jaga-jaga tutur kata,” sahut Emilia.
“Kamu ni Emilia memang blue gila otak kamu.”
“Hanya sebagai peringatan takut ada yang robek dan calar
balar mulut kena cakar nanti.” Emilia berkata dengan selambanya sambil
menjeling kearah saya.
“Ok kita sambung balik hal tadi tu…bila balik rumah nanti
kalau kamu masak gulai guna santan…cuba masukkan atau tenggelamkan jari telunjuk
kamu kedalam gulai tersebut...nescaya gulai tersebut cepat jadi basi…kenapa…kerana
tindak balas enzyme yang ada di jari telunjuk tersebut…tapi kena
ingat…kadang-kadang kamu berdua ni bendul juga…celupkan jari tu masa gulai tu
sudah suam atau sejuk, jangan nak memandai celup masa tengah panas…jangan
salahkan saya kalau terbakar jari…salahkan lah pada kebodohan sendiri…”
“Dalam serius bagus punya lecture, dengan muka selamba giler
dia tu di akhir kata kita di kenakan
juga…tak hebat ke sifu kita ni…kau perasan tak Lia…terbaik la woook…”
“Kau ni Liz dah terbawa-bawa dengan wooook kau tu…ni penangan
Aril AF la ni…betul kata kau tu Lia, dalam manis madu terpalit pahit yang
menyiksa…uncle oh uncle.”
“Lia…madu-madu pahit-pahit tu saya tak nak campur…seram dan
menyeramkan….”
“Tau takpe…jangan nak bermain kiranya takut terbakar
diri…sifu oh sifu…kau telah membuka pintu hati ku untuk lebih terbuka melihat
alam yang penuh pancaroba ini.” Emilia menyambung. Macam seronok pula mereka
berdua ni.
“Wah…terbaik lah kamu ni…bangganya hati ku ini,” kata saya
seperti menyokong apa yang di lafazkan mereka tadi.
“Tak ada kena mengena kebijaksanaan kami ini dengan uncle…tak
usah nak menumpang dan menyombong membangga diri…”Elizabeth tiba-tiba mencelah.
“Sekarang sifu pun di kerjakan…menyesalnya diri ini
memperturunkan ilmu pertahankan diri tu…kita di kuntaunya balik sampai
terduduk.”
“Sedar-sedar lah diri yang semakin hari semakin menjadi
basikal tua.” Emilia memulangkan paku buah keras kepada saya.
Saya merasa kelucuan yang teramat dengan tutur kata mereka
berdua ini.
“Kamu cakap tadi kenapa Haikal tak minum semasa makan
sebaliknya minum setengah jam kemudian…itu sebenarnya adalah rahsia lelaki...ilmu
itu di perturunkan oleh orang-orang tua tempat saya juga…dengan berbuat
demikian…boleh memperkasakan tenaga batin untuk lelaki dan sangat berguna
ketika bersenggama…kamu mana tahu senggama tu apa…tunggu lah masa kamu kahwin
nanti dan tahu lah kenapa Haikal tu berbuat demikian…itu juga amalan saya sejak
dari kecil selepas berkhatan…ingat ye Liz khatan…bukan khatam.” Sambil saya
tersenyum selepas menghuraikan apa maksud perbuatan Haikal itu.
“Aku sebenarnya tersangat kagum dengan ilmu dan pengetahuan
yang ada pada uncle..kau tak rasa gitu Liz…perkenalan dan pergaulan kita dengan
Haikal dan uncle ni banyak membawa erti yang tak terungkai dalamnya manafaat
buat kita…tiada kata yang lebih sempurna untuk mengaitkan uncle dengan Haikal
selain ‘kaulah segalanya’…akan kami tatang dengan penuh hormat segala apa yang
telah uncle perbuat untuk kami berdua…perkataan terima kasih tidak dapat
mencapai maksud yang tersirat di hati kami…betapa agung dan mulia serta
terindahnya suasana dengan kehadiran uncle di sini…uncle menggamit memori kami
dan melepaskan satu awan hitam dan kelabu yang sentiasa berlegar di pundak
kami…” Emilia berucap panjang sambil memandang saya dengan sayu dan
mengharukan.
Elizabeth tiba-tiba memegang tangan Emilia dan sebelahnya
lagi memegang tangan saya seraya terkumat kamit mulutnya untuk berkata sesuatu.
“Kalau kau perasan Lia mengapa terlalu banyak sangat persamaan
di antara uncle dengan Haikal sedangkan mereka berdua jauh terpisah oleh jarak
waktu…tetapi seolah aku melihat uncle adalah di dalam dimensi kita waktu ini…bersama
uncle aku tak merasakan kita terpisah jarak waktu di segi umur…aku rasa aku
berada di alam nya dan dia berada di alam kita…aku sungguh sedih dan tak mau
membayangkan kita bertiga kan terpisah oleh keadaan yang memungkinkan kita
tidak lagi akan ketemu dan bersama-masa menikmati suasana indah ini…”
“Liz please…tolong berhenti…”sambil saya memegang tangan
Elizabeth dan seraya tunduk membisu menahan kekangan panasnya terasa kelopak
mata saya di genangi airmata di pagi syahdu ini. Elizabeth menggenggam erat
tangan saya seolah tidak mahu melepaskan.
“Maafkan kami uncle…kami terbawa oleh perasaan yang sukar
untuk di bendung…uncle kini seolah pelindung kami dan kami berharap uncle akan
hadir lagi ke sini walau dalam bentuk apa pun…kami sedia dan tak akan, tidak
sesekali pernah menghapuskan bayangan uncle dalam hidup kami…uncle…uncle…” Emilia
seperti mengeluh tentang perasaannya yang kini terbuai dengan kata-katanya
sendiri.
“Lia…..tolonglah…jangan lepaskan uncle pergi dalam keadaan
begini…biarlah uncle berlalu dengan damai di hati membawa segala kenangan
bersama kamu berdua…akan uncle pahat kan kenangan ini menjadi satu tugu tanda
mercu kita bertiga….”
Kerana sebak yang teramat saya tidak dapat meneruskan bicara.
Terdetik di hati kecil saya bahawa saya juga akan merindui
saat-saat ini setelah lembah permai ini saya tinggalkan. Saya memandang kearah
Emilia dan Elizabeth yang dengan mata yang tak berkelip sedang melihat saya
dengan penuh keharuan.
Matahari semakin meninggi. Sekitar lembah Bundu Tuhan ini
bermandi cahaya yang indah. Walau persekitaran semakin terang, cuaca sejuk
tetap bertamu. Puncak Gunung Kinabalu hampir separuh terlindung awan. Sekejap
nanti akan terpisahlah saya dengan semua keindahan yang sedang terpancar di
depan mata, dan saat-saat begini akan menjadi memori yang tak terlupakan.
“Kamu lihat di sana tu…burung-brung camar dan segala unggas
berterbangan sebebasnya keluar dengan tujuan masing-masing. Indah kan alam ciptaan Tuhan ini. Masa begini lah kita mendapat cahaya yang sangat berguna
untuk kesihatan manusia…jarak antara jam 9-11 pagi adalah waktu terbaik untuk
tubuh badan manusia memanafaatkan UV rays…pancaran ultra violet sangat bagus
untuk kulit manusia…setengah saintis berpendapat pancaran cahaya ini dapat
membantu memulihkan barah kulit…tambahan pula dengan vitamin udara percuma yang
ada di sini…kamu tahu vitamin udara yang saya maksudkan itu ialah negative
ion…memang negative ion banyak terdapat di persekitaran hutan yang menghijau
dan paling terbaik dikawasan air terjun…kamu beruntung jadi penghuni di
sini…satu hari jika berkesempatan saya masih bernyawa mahu saja saya mengangkat
beg ke sini dan bersama menjadi penghuni walau pun saya mungkin tidak di undang
dan di perlukan…”
“Kalau uncle berbuat demikian Lia lah orang pertama yang akan
sujud syukur ke hadrat Ilahi…,” terharunya saya dengan pengucapan Emilia tadi.
“Berbalik kepada cerita kami dengan Haikal…sebaik saja kami
nampak kereta Mini Cooper menghampiri tempat letak kereta ini, kami berdua
berdebar-debar tak terhingga. Kami nampak Anastasia memberhentikan keretanya di
tepi cerun menghala ke tangga dan sudah pasti mereka tidak dapat melihat
kelibat kami. Setelah mengucapkan selamat tinggal Anastasia berlalu dan kami
nampak Haikal sedang menuju tangga untuk naik ke atas di biliknya.”
‘Assalamu alaikum’
“Macam terkejut gaya nya Haikal mendengar ucapan salam dari
Lia, sambil kami berdua pergi merapatinya.”
‘Wa alaikum mussalam warah matul lahi wabarakatuh…eh kamu
berdua rupanya…buat apa malam-malam cam ni kat sini’
‘Kami ada hajat…nak bincang dengan awak…bukan saja saya nak
dengar cerita awak tapi Liz yang kat sini pun memang nak sangat-sangat berhajat
nak jumpa awak’
‘Kalau esok boleh tak…saya ngantuk dan kurang selesa, belum
mandi lagi ni…’
‘Esok takut sudah terlambat dan jangan ada yang menyesal
nanti’
“Sebenarnya uncle itu taktik Lia untuk pastikan Haikal
meluangkan masa bersama kami. Kalau tidak dia memang nampak sangat mahu
mengelak dari kami berdua.”
“Pandai juga guna cara saikologi ye…betul tu saya pun bila
orang cakap macam tu, memang kena jumpa juga, takut apa pula yang di maksudkan
terlambat tu…hebat cara kamu ni.”
“Tu dulu sebelum belajar teknik pukulan maut dengan uncle
lagi…kalau macam sekarang ni tak sempat dua langkah dah K.O. kami kerjakan,”
ujar Emilia dengan seronoknya.
‘Apa sangat pentingnya kamu berdua nak jumpa saya ni…kita
kira rengkas saja lah ye…jom kita kat pangkin tu …letih berdiri ni’
‘Letih berdiri ke letih di kerjakan’
“Dengan spontan perkataan tu keluar dari mulut Liz…Lia tarik-tarik
kan tangan Liz minta dia bersabar. Lia tahu Liz dah tak tahan sabar sangat tu.”
‘Cara kamu cakap ni buat saya kurang senang..saya faham
maksud kamu tu…jadi mari kita mulakan…apa sebenarnya yang penting sangat sampai
tak sabar tunggu hari esok’
‘Kami keliru...yang lebih keliru Liz ni…nape buat kami macam
ni?’
‘Apa yang dah saya kelirukan kamu…saya pun keliru dengan
soalan kamu ni…’
‘Kenapa awak pinggirkan kami…dan macam selalu mahu avoid
untuk jumpa kami…entahlah tak faham dengan perangai awak…semua orang KL
perangai macam ni ke…lagak semacam’
‘Orang macam saya ni di katakan berlagak….semua manusia ni
sama tak kira dimana…di tempat saya ada samseng dan saya ingat dalam hutan
manusia semua baik tapi perangai orang kat sini ada yang lebih teruk dari
binatang’
‘Kasar cara awak cakap pada kami orang kat sini…ingat sikit awak tu baru saja kena
bantai nanti kena sekali lagi kami tak tahu…mulut tu jaga sikit’
‘Atau peristiwa saya kena bantai tu rancangan awak
berdua…bukan boleh percaya orang kat sini’
‘Sejahat orang di sini tak ada yang buat perangai tikam kawan
kat belakang…setahu kami yang lebih binatang perangainya, orang-orang kat bandar
besar tu….sumbang mahram, bunuh diri, rasuah, penipu, perompak, pemabuk, judi,
jual orang, jual dadah segala macam yang ada kat dunia ni semua ada kat tempat
awak tu….sekarang siapa yang lebih binatang’
“Lia berdua saja berdailog dengan Haikal sementara Liz diam
memerhati. Mendengar apa yang Lia cakap tu Haikal terdiam…lama juga dia
membisu…mungkin yang Lia cakapkan tu ada logik…Lia pun berhati-hati juga
keluarkan pendapat, kalau salah nanti termakan diri pula.”
‘Sekarang kamu dua orang ni bagi tahu nak suruh saya buat apa?’
‘Kami nak tahu sebab musabab kenapa kami di pulaukan dan awak
memilih orang yang baru di kenali untuk menemani awak ke hulu ke hilir siang
dan malam’
‘Ooo itu puncanya…kira dengki khianat la ni ‘
'Ya memang kami jeles tapi kenapa berlaku secara tiba-tiba
dalam masa terdekat ni yang buatkan kami rasa kami ni macam tembikai boleh di
golek sana sini dan akhirnya pecah…kami yang merana tau…’
‘Apa hak kamu berdua untuk menentukan siapa dan dengan orang
jenis mana yang boleh saya keluar…perlukah saya minta izin dengan kamu semua’
‘Yang awak tetiba lari daripada kami ni kenapa….apa salah
kami…itu yang kami nak sangat-sangat tahu puncanya…kalau kami tahu senang bagi
kami nak teruskan buat keputusan…ini tanpa apa sebab main tinggalkan macam tu
saja …awak tahu macam mana Liz ni begitu prihatin dan sanggup jaga awak siang
malam mengalahkan bini masa awak terlantar kat hospital tu dulu…dah lupa atau
dah hilang ingatan’
‘Ooo macam tu, ni kira nak minta balas jasa lah ye…orang
kalau hatinya ikhlas tak payah nak cerita-cerita, ini sikit jer buat kerja
memekik heboh sekampung…kalau macam ni lah perangai orang sini…ngeri lah..nyesal
lah datang ke mari ni…dulu ingat tempat ni selamat dan bahagia jauh dari
manusia jahat…ye la ada binatang jer sini…ingat ok lah…tapi haiwan kat sini
lagi ganas’
‘Awak jangan nak buat kami ni naik darah…nanti tak
pasal-pasal ada yang masuk lagi hospital’
“Lia pun jadi berani tak tahu kenapa uncle, pada hal berjalan
pun belum betul lagi…kelakar…entah-entah Lia yang masuk hospital…Lia tengok Haikal
terkebil-kebil. Liz yang masih berdiri kat pagar depan kami tak cakap sepatah
pun.”
“Aku sebenarnya sangat terharu dan kagum dengan sikap kau
yang berani sangat berhadapan dengan Haikal tu…aku masa tu risau juga maklumlah
Haikal tu kan macam Tony Jaa…silap haribulan dia naik darah di lipatnya kita
berdua.”
“Betul juga kata Liz …kan Andry dengan kawan-kawannya pun tak
mampu nak kalahkan Haikal tu…ini pula kamu yang perempuan, banyak mana sangat
la kudrat kamu tu” kata saya menyampuk cakap mereka berdua.
“Masa tu uncle, Lia nampak Haikal ni macam ular tedung yang
Lia pernah bungkus dengan kain tudung kepala masa kat kebun dulu…ular tedung
yang bisa tu pun Lia bungkuskan ini kan pula setakat Haikal yang dah cedera
kepala tu….Lia kalau tengah naik angin Lia rasa macam boleh terbang…ni kuasa
Rungus dan Suluk kot…”
“Betul tu…saya dah tengok kamu terbang,” saja saya kata
begitu pada Emilia nak tengok reaksinya.
“Bila uncle…tak perasan pula uncle nampak Lia terbang.”
“Saya dah kena banyak kali…tangan terbang kamu tu yang
secepat kilat mencubit dengan gaya terbang kamu.”
Kami bertiga sama-sama ketawa mengingatkan gelagat
masing-masing.
‘Tanya diri sendiri kenapa saya macam dah tak minat nak
berhubungan dengan kamu berdua….sebelum nak menuduh orang periksa diri tu
dulu…jangan sedap-sedap nak buat orang merana, pah tu main tuduh-tuduh…saya ni
masih boleh sabar…’
“Masa tu uncle Liz dan Lia macam tetanya-tanya apa yang telah
kami lakukan hingga membuat Haikal menuduh kami macam tu…kami terpinga-pinga…,”
tiba-tiba Elizabeth berkata-kata semacam keliru dengan apa yang Haikal ucapkan.
‘Setahu kami tak ada apa yang kami berbuat salah pada
awak…apa yang kami buat semuanya dengan niat yang baik’
‘Kamu sedarkah apa yang kamu cakap ni…kamu ingat saya ni hati
batu, hati cacing, hati ular, hati kaldai….hati entah apa-apa…sakit kepala ni
boleh saya tahankan lagi tapi sakit hati sangat lah menyiksa…faham ke tak ni…?’
‘Awak tu yang menyiksa hati kami ni, awak pula yang katakan
kami tuduh awak buat benda macam-macam yang kami tak faham…apa semua ni?’
‘Kamu sedar tak perkataan ‘kami’ kamu tu yang membunuh dan
menyiksa batin saya…kamu sengaja mengoyak meleburkan sekeping hati yang sangat
berharap ketemu damai di sini…kamu tu yang membahasakan diri kami telah
membunuh segala rasa indah saya di sini…’
“Tiba-tiba saja Liz menangis terisak-isak sambil dia duduk
mencangkung bersandarkan pagar yang mengadap jalan dengan memekup mukanya. Isak
tangisnya membuat Lia lagi keliru uncle…payah Lia nak faham waktu tu.”
“Kau tahu Lia waktu tu aku dah faham apa maksud nya bila dia
kata perkataan kami tu yang menyiksa dia…itu yang buat aku rasa sangat bersalah
dengan dia…aku waktu tu mau saja melutut dan minta di ampunkan segala apa perbuatan
aku yang begitu menghiris kalbunya..”
Dengan perasaan hiba Elizabeth menceritakan perihal sebenar
apa yang berlaku saat itu. Emilia merapatkan dirinya kearah Elizabeth seraya di
peluk bahu Elizabeth mendekati ke dadanya. Saya turut terharu.
‘Siapa yang lebih terluka…yang melukai atau yang di
lukai….tolong jawab soalan yang sangat senang ini….saya pun tak tahu samada
saya telah berlaku adil kepada kamu semua dengan tindakan saya ini atau saya
sedang menzalimi diri saya sendiri.’
“Masa tu isak tangis Liz menjadi-jadi sambil meletakkan
mukanya ke atas lutut dan waktu tu uncle Lia pun jadi keliru kerana soalan
senang yang dilemparkan oleh Haikal seakan terlupa untuk Lia menemukan jawapan
oleh marah yang sedang membara. Ketika Lia menghampiri Liz dan memegang bahunya
Liz terus bangun dan berlari kearah jalan keluar resort ini…kat bawah tu la
uncle Liz ni lari…Lia mana boleh lari laju…kaki masih belum pulih betul……kau ni
Liz memang buat hal betul malam tu…buat aku panik takut kau apa-apakan diri
kau…”
‘Tolong lah awak pergi kejar Liz takut nanti dia berlari ke
jalan besar waktu ni banyak truck yang lalu lalang kat situ…saya tak dapat nak
kejar dia dengan kudrat saya sekarang ni…tolong lah saya merayu pada awak…saya
melutut mohon simpati…saya buat apa saja yang awak mahu tapi tolong selamatkan
Liz tu…dia adalah separuh nyawa saya…’
“Lia merayu pada Haikal, merayu dengan sepenuh hati…Lia
tengok Haikal macam orang sedang kebingungan dan sepantas kilat dia berlari
mengejar Liz yang sudah hampir dengan jalan besar….Lia hanya dapat memerhati adegan
tersebut ditepi pagar ni…dalam hati, Lia berdoa setulus jiwa raga agar tiada
apa yang terjadi ke atas diri Liz.”
Sekali lagi saya melihat Elizabeth menggosokkan tangannya ke
atas shawl biru di kepala Emilia dengan satu percikan rasa hormat dan penuh
kasih sayang. Hebat sungguh drama pentas yang mempamirkan kesucian dua hati
yang terpaut rapat hasil dari kesengsaraan yang mereka tempuhi yang hanya
mereka berdua saja faham akan getir dan nikmatnya erti sebuah persahabatan yang
melangkaui batas anutan, suku kaum dan juga budaya. Hati mereka berdua seolah
tercantum dan begitu tak terleraikan.
Semalam saya hanya berpeluang melihat mereka dalam kesamaran
lampu neon dan hari ini dengan jelas dapat melihat dalam sinar matahari pagi.
Siang hari ini baru saya perasan yang Emilia mempunyai tahi lalat di bawah
bibir sebelah kiri yang memaniskan lagi wajahnya yang putih berseri. Hidungnya
yang sederhana mancung di indahkan dengan padanan tulang pipinya yang tinggi
dengan dahinya yang sedikit menyerlah menjadikan mukanya membujur ke bawah. Shawl
biru yang menutupi sebahagian rambut di kepalanya menzahirkan kecantikan yang
membuat mata kita tidak jemu memandang.
Rambut Elizabeth yang panjang mengurai kelihatan subur, licin
dan berkilat. Tubuhnya sedikit gempal yang tidak keterlaluan dengan mukanya
yang agak bulat di serikan dengan mata hitam nya yang bulat dan galak. Pipi
gebunya yang kemerahan dengan bibir seulas limau termuncung ke depan menjadikan
wajahnya begitu seksi dan memikat. Mereka berdua ini merupakan contoh ciptaan
sempurna Tuhan yang membuat kita sedar betapa agungnya hasil ciptaan itu untuk
kita yang bernama manusia memanafaatkan ke jalan yang di redhai. Kita memuji
ciptaan Tuhan bererti kita memuji kehebatan dan kewujudan Allah Yang Maha Esa…
Orang sekarang bercerita tentang urban look, berbangga dengan
kecantikan demikian tapi bagi saya wajah plastik urban look tidak memberi apa
makna malah membawa tafsiran berbeza saya dengan ramai orang…saya lebih
menggemari sesuatu yang asli, dengan hanya sedikit calitan make up wajah dengan
kecantikan asli pasti menyerlah…kalau ada urban look yang berlawanan saya
namakan kampung look yang bagi saya lebih segar, bercahaya, membangkitkan rasa
nikmat dengan pantasnya ketika memandang. Mungkin saya melihat dari sudut saya
seorang pelukis, tafsiran saya tentang kecantikan di nilai dari kaca mata
seorang seniman.
“Lia nampak Haikal berlari sepantasnya dan Lia dapat melihat
dalam cahaya bulan purnama penuh di malam itu Haikal memeluk Liz dalam
dakapannya. Lia memerhati dari kejauhan dengan satu rasa kepuasan kerana Liz
telah di selamatkan oleh orang yang paling bertakhta di hatinya…dalam satu
sudut lain hati perempuan Lia tidak dapat menidakkan betapa cemburunya Lia
waktu itu…kemudian Lia tersedar bahawa itu hanyalah khayalan dan rasa simpati
dan kasih sayang Lia buat Liz memadamkan rasa yang lain dalam diri Lia.”
Saya melihat Emilia tersenyum tetapi dapat di rasakan senyum
itu ada pahitnya dalam keterpaksaan lalu Elizabeth terus memeluk Emilia seraya
berkata:
“Lia maafkan aku yang tidak pernah ingin membuat kau terluka,
aku lebih rela aku di lukai dari melihat kau merana tanpa aku di sisi, malam
itu semasa Haikal menyambar tangan aku dengan kerasnya aku hampir terjatuh dan
waktu itulah Haikal memeluk aku dalam dakapannya. Masih aku ingat Haikal
berkata.”
‘Maafkan kiranya tindakan saya buat kamu sangat terluka…saya
sayang kamu tapi saya tahu sayang yang tidak mungkin bersatu…tidak mungkin’…
“Sambil dia mencium pundak dahi Liz dengan satu ciuman panas
penuh kesyahduan yang paling manis, agung, hebat yang tak terlupakan. Liz
menangis semahunya di pelukannya. Lama kami berpelukan tanpa sengaja dan kami
sedar perbuatan kami tidak manis jika terpandang orang. Perlahan-lahan Liz
melepaskan tangan Liz yang merangkul pinggang Haikal sambil dia mengiringi Liz
memanjat balik jalan yang sedikit berbukit menuju ke sini…jalan tu dan tempat
ini uncle adalah kenangan yang melebihi perkataan terindah.”
“Ketika mereka berdua beriringan naik menuju ke sini Lia
merasakan nikmat yang tak terhingga. Bahagia Liz adalah bahagia Lia. Sedih dan
sengsara Liz adalah jua sebahagiannya untuk Lia rasakan. Sambil Lia duduk di
pangkin ini Liz menerpa kearah Lia dan terus merangkul leher Lia semahunya. Lia
biarkan apa yang ingin dilepaskannya…Lia masih ingat dengan jelas semua tu
uncle…”
‘Maafkan aku…maafkan aku…maafkan aku Lia..’
“Masa tu Liz menggoyang-goyangkan kepala semaunya sambil
kedua belah tangannya menepuk-nepuk belakang Lia…hati perempuan Lia yang lembut
tidak mungkin menjadi keras untuk menahan duka mendengar rayuan maaf dari Liz
berkali-kali…dan Lia menangis tersedu sedan dalam dakapan Liz….dah mula ni
uncle…bila flashback semua ni Lia dengan sendirinya rasa sedih balik…rasa baru
semalam peristiwa ini…apa lagi bila berhadapan dengan jelmaan Haikal yang ada
kat sebelah ni…”
“Kau ingat tak Liz masa kau menerpa ke arah aku Haikal
berdiri tegak tanpa sebarang kata dan aku dapat melihat dia dari hujung mata
aku yang dia juga sedang bersedih menyaksikan gelagat kita berdua…dan aku
sungguh kasihan melihatnya yang sedang kaku berdiri sambil menahan tangisan…aku
tahu kerana dia mengelap-ngelap matanya beberapa kali dan selepas tu dia duduk
di penjuru bangku ini seperti seseorang yang sedang menyesali sesuatu…aku tahu
pasti dia sedang tersiksa.”
“Ya Lia aku tersedar dari tangisan aku dan terlihat Haikal
dipenjuru bangku ini…lalu waktu itu uncle, Liz merangkak ke arahnya sambil
memegang tangannya…Liz goncang-goncang tangannya namun dia dengan keras kaku
membiarkan apa yang Liz lakukan. Masa tu juga Lia datang melutut di sebelah
pahanya… kalau uncle ada masa tu uncle pasti menangis”
Sebenarnya Emilia dan Elizabeth masih belum terperasan yang
saya juga sedang menahan airmata dari mengalir. Saya sedaya upaya cuba bertahan
namun titis demi titis membasahi seluar jean yang saya pakai.
“Kau jahat Lia, tengok apa yang kau buat pada uncle…”
“Kau pun sama sedang menyiksa uncle.”
Saya tahu mereka berdua berbuat demikian untuk meredakan
situasi dari tekanan yang berlebihan.
Saya juga semahunya tidak ingin untuk terbabit dalam soal hati dan perasaan
yang mereka harungi bersama Haikal suatu waktu dulu. Tapi hati dan perasaan
saya terbawa sama menjelajahi detik dan peristiwa mereka bertiga menjadikan
saya seolah terlibat sama.
“Lama kami berdua di sebelah Haikal. Liz cuba menahan
tangisan tapi lagi di cuba lagi lah rasa sedih menerjah dada. Liz memerhatikan
Lia menarik-narik tangan Haikal yang sedang membisu. Bila mendongakkan muka
kearahnya, Liz dapat melihat airmata di pipinya menitis membasahi bajunya.
Waktu itu bulan terang, bintang banyak sedang mengerlip bertaburan di angkasa
dan cahaya dari bumbung tempat kami duduk ni terpercik ke muka Haikal.
Tiba-tiba Liz terasa ada tangan yang sedang membelai rambut di kepala Liz dan
sewaktu Liz menoleh kearah Lia juga ada tangan yang sedang membelai kepala Lia
di atas shawl yang di pakai Lia. Perbuatan Haikal itu betul-betul membuat Liz
rasa tersiksa sangat…perbuatannya itu menjadikan seoalah Liz yang mewakili
kedukaan hatinya.”
‘Kenapa kamu berdua lakukan ini semua ke atas diri saya yang
telah dan sangat menghormati diri kamu tanpa paksaan sesiapa pun…itu yang sulit
untuk saya fahami…tapi saya melakukan ini semua atas dasar sukanya saya kepada
kamu dengan cara yang berbeza ke atas kamu berdua’
‘Maafkan saya…maaf yang terbanyak saya pohon dari awak...bukan
niat Liz untuk menyakiti dan merosakkan kepercayaan awak terhadap kami’
‘Kamu tahu suatu waktu saya sangat tertarik dengan tingkah
laku dan gaya serta keperibadian yang ada pada Lia tapi setelah hari demi hari
saya mencuba mendekatinya, saya rasakan saya hanya bermimpi di siang hari…waktu
itu saya sentiasa bersedih tika saja saya bersendirian di bilik…kalau kamu
masih ingat Liz, tika kebersamaan santai kita, saya banyak bertanya tentang Lia
kepada kamu, dan jawapan kamu selalu memuji Lia dan mengatakan Lia adalah cocok
buat saya…tapi..’
“Masa tu uncle, Lia terus meletakkan pipi Lia di lengannya
dan menangis semahunya…Lia sedar kini kenapa dia sangat kecewa dengan tindakan
kami.”
‘Setelah itu saya sengaja keluar dengan Lia hingga ke ladang Teh
Sabah, sebenarnya saya waktu itu cuba mencari jawapan tentang kebenaran
kata-kata Liz, tapi jawapan Lia membuat saya sangat keliru kerana dikatakan Liz
sangat mengharapkan saya untuk hadir dalam hidup saya…hari-hari keliru saya
lalui dengan penuh kepayahan…berganti hari saya keluar dengan kamu berdua
menjadikan rahsia makin terserlah…’
“Uncle tahu tak bila mendengar apa yang Haikal katakan tu Liz
merasa berdosa yang teramat pada Haikal…Liz merenung ke matanya dan Liz dapat
rasakan kepedihan yang bermain di hatinya…mau saja Liz rangkul dia dan lena
dalam dakapannya…lalu Liz benamkan muka Liz ke atas pahanya, menangis dengan
penuh penyesalan.”
‘Setelah dinginnya sikap Lia pada saya lalu saya mula
mengalih pandangan dan cuba untuk memahami hati Liz kerana kiranya harapan
bersama Lia berkecai sekurang-kurangnya masih ada hati yang terbuka untuk saya selami…tapi
saya menghadapi jalan buntu…saya sedaya upaya cuba mencari jawapan kamu berdua
ini semacam tidak mahu menerima siapa saya sedangkan kamu berdua nampak senang
untuk di dekati tapi bukan untuk di miliki….sakitnya kepala memikirkan …saya
hanya bertemu jawapan setelah saya bertamu kerumah kamu di hari Andry menyerang
saya…itu takdir buat saya dan saya berterima kasih pada Andry dan
kawan-kawannya yang menyedarkan kehadiran saya di Bundu Tuhan ini hanya lah sia-sia…’
“Lia sungguh terharu dengan pengakuan yang di berikan oleh
Haikal…niat suci kami telah menukarkan segala niat baik menjadi mimpi ngeri
buat orang lain…dan kami bukan sengaja…mendengarkan itu Lia mencium tangan
Haikal sepuasnya sambil minta di ampunkan kesalahan Lia…tangisan Lia membuatkan
Haikal terdiam buat beberapa ketika…sambil tangannya tak henti-henti mengeluskan
jari jemarinya di atas shawl yang di pakai Lia.”
‘Tapi kami melakukan itu semua di atas dasar sayang kami pada
awak dan salah seorang kami dapat mencuri hati awak…tapi di bawah sedar kami
rupanya apa yang kami rancangkan secara tersembunyi akhirnya masing-masing
ketahuan…tapi bukan niat untuk menghancurkan mana-mana hati…Liz harap awak
ngerti niat tulus itu…’
‘Bila dapat tahu kecelakaan yang menimpa Lia adalah saya
penyebabnya, saya lagi rasa bersalah dan pada hari itu ketika di rumah kamu
saya telah dengan nyata dapat merasai bagaimana hubungan kamu berdua dan mulai
saat itulah saya bertekad untuk meninggalkan Bundu Tuhan esok harinya kerana
saya fikir kehadiran saya mungkin nanti akan memisahkan dua hati yang selama
ini akrab dan melindungi satu sama lain. Pada mulanya saya tak pernah tahu
hubungan kamu berdua bila saja saya bertanya kepada salah sorang dari kamu
jawapan yang saya dapat kamu hanya kawan…tapi ye lah Tuhan masih ingin menduga
saya kerana insiden dengan Andry membuatkan saya tinggal lebih lama di sini….’
‘Ikhlas saya bagi tahu setelah berada di hospital Ranau dan
saban hari saya dapat menjaga awak, tanpa di sedari perasaan sayang saya pada
awak mulai tumbuh dan tumbuh setiap saat hingga berkembang mekar di jiwa saya…masa
tu saya tak fikirkan apa lagi yang ada di hati saya...yang hadir hanya lah awak…saat Anastasia muncul saya
rasa segala yang tertanam di hati saya untuk awak seakan musnah…apalagi bila
terkenangkan pengorbanan Lia saya jadi sangat keliru…mana yang harus saya pilih,
awak atau Lia…kalau ikutkan rasa hati awak yang saya pilih tapi ikutkan
rasional saya tak mahu berpisah dengan Lia…sebenarnya pilihan tidak berpihak
kepada saya.’
‘Kalau awak boleh ingat lagi kenapa saya mengasingkan diri kemudiannya...keakraban
Liz dan awaklah puncanya dan bila saya melawat awak di hospital dinginnya
sambutan awak terhadap saya membuatkan saya tidak lagi mau menaruh harapan…sebenarnya
saya berbuat sedemikian demi Liz dan yang
sebenarnya Liz pun tidak tahu niat sebenar saya waktu itu…tapi jauh di sudut
hati saya, dalam diam saya sudah mula menyukai awak…kelirunya jiwa saya masa
itu memikirkan di antara perasaan hati dan pengorbanan..’
‘Saya sebenarya berpura dan menipu diri saya sendiri untuk
tidak melayan kedatangan kamu masa di hospital, tapi setelah kamu berlalu hati
saya sangat terluka kerana melukai hati kamu…saya menjerit di dalam hati
melihat kamu berlalu pergi dengan perasaan sugul’
‘Lalu bagaimana dengan Anastasia?…Kalau awak betul-betul
ingin bersamanya kami dengan ini, dengan hati terbuka menyokong apa saja
tindakan awak…kerana hadirnya kami tiada memberi apa-apa erti lagi….Cuma kami
ingin memohon maaf daripada awak atas perbuatan kami yang terlanjur melukakan sekeping
hati, sesuci jiwa awak.’
‘Anastasia datang menjanjikan kesempatan terbaik buat saya
untuk menjadikan kamu berdua menjauhkan diri dari saya. Dengan demikian kamu
sendiri tahu bagaimana hidup kita yang tak mungkin bersatu. Tapi kini saya
sangat kesiankan Anastasia yang mulai menggantung harapan pada saya kerana sebenarnya dia bukan orang yang saya
cari…ciri-ciri yang ada padanya hanya
lah pelengkap untuk bersuka ria tapi bukan untuk di miliki hati dan
perasaan…dia terlanjur memberi tahu bahawa dia pernah di kecewakan dan atas dasar
itu, lelaki hanya menjadi dendam buatnya…dan sedaya upaya dia akan cuba memecah
belahkan hubungan intim pasangan kekasih… itu yang dia sedang lakukan untuk kita
semua….’
“Haikal bangun berdiri dan bersandar pada tiang dan
melemparkan jauh pandangannya kearah lembah yang masih kelihatan berkerlipan dengan
lampu rumah-rumah yang masih menyala. Renungan jauhnya susah untuk kami berdua
meneka…mungkin memikirkan tentang kami atau jua Anastasia.”
‘Semalam Anastasia membawa saya berjumpa pak ciknya di
kampung Cinta Mata Kundasang…kami berbual panjang, bercerita tentang banyak
hal, kerjaya, keluarga serta pilihan pasangan hidup. Kami makan malam bersama.
Mereka keluarga bahagia dan Anastasia pernah tinggal di sana setiap musim cuti
sekolah atau semester. Saya pun agak senang bergaul dengan mereka…Sepulangnya
dari rumah pak ciknya Anastasia membuat pengakuan yang dia telah dengan tanpa
di duga mulai jatuh hati pada saya walau pun dia mengaku pada mulanya niat nya
lain terhadap saya…tapi mana boleh kita memaksa hati untuk menyukai seseorang…saya
hanya membisu tak kata ya atau pun tidak…dia gadis yang baik tapi macam kata
saya tadi…perbezaan taraf hidup kekeluargaan tidak menyebelahi saya…bagaimana
harus saya nyatakan pada Anastasia nanti saya pun belum tahu…yang pasti dia
bukan jodoh saya’
“Jauh di sudut hati timbul rasa kasihan kepada Haikal, juga
pada Anastasia. Rupanya mereka dalam dilema yang teramat untuk menangani
masalah yang meruntun hati dan perasaan. Orang yang disukai tak mungkin di perolehi
dan yang menyukainya tidak berkenan di hati…menggapai bintang hanya dengan khayalan.
Lia bangun dari pangkin dan beredar kearah Haikal yang masih berdiri lalu Lia melutut
sambil memegang tangannya. Liz duduk memerhatikan kami dengan diam membisu.”
‘Rupanya jiwa awak tersiksa di Bundu Tuhan ini. Maaf mungkin
tidak sesuai untuk di ucapkan tika ini, walau apa pun kami memohon maaf kerana
kami antara pelaku dalam pentas hidup penderitaan awak. Kami lakukan dengan niat
penuh ikhlas untuk membahagiakan orang yang paling kami sayang tapi niat suci
kami memakan diri kami dan mengaitkan sekali awak yang tidak berdosa. Sebenarnya
awak tidak melukai sesiapa tapi orang-orang yang awak percaya di sekeliling
awaklah yang banyak menyiksa batin awak kini’
‘Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini, malah niat suci
awak membuka mata hati saya untuk lebih menilai kesucian hati dan keikhlasan
orang lain yang ingin berbuat baik terhadap saya…kini saya kena percaya pada
ketentuan yang tersurat...mungkin ini takdir saya di Bundu Tuhan ini…apa guna
saya menyesali semua ini dan sebenarnya saya lah yang mengharu birukan keadaan
ikatan kasih sayang kamu berdua. Kalau saya tahu begini jadinya saya sesekali tidak
akan mahu memijak bumi Bundu Tuhan ini.’
“Lantas Liz bangun dari tempat duduknya dan meluru kearah
kami berdua yang sedang berada di penjuru pangkin.”
‘Awak tahu tak sebenarnya awak telah mencelikkan hati buta
kami dan kini kami harus berterima kasih pada awak yang banyak menyedarkan kami
akan erti perasaan hati dan pengorbanan. Awak telah mengorbankan perasaan kasih
sayang awak demi kami. Awak tak mahu kami terluka dan memilih untuk di lukai’
“Lantas Haikal menutup mulut Liz dengan jarinya. Mungkin dia tak
mahu lagi mendengar apa-apa ucapan dari kami berdua. Jauh di lubuk sanubari Liz,
walau apa terjadi kiranya satu hari nanti Haikal muncul kembali Liz tiada akan
pernah menutup pintu hati Liz padanya, mungkin masa itu antara kami berdua Liz
dan Lia makin matang dan bersedia apa saja kiranya terbaik buat kami…ya….kami
kini sedar pergantungan harapan di antara kami berdua akhirnya akan terlerai
setelah masing-masing membina keluarga…Cuma di harapkan ikatan kasih sayang dan
persaudaraan tidak akan putus malah mungkin akan lebih erat dengan adanya
keluarga yang mengikat kekeluargaan kami bersama.”
“Lia pun berfikiran sama uncle, dan sangat setuju dengan apa
yang dikatakan Liz…walau apa terjadi kami tetap akan menjalin hubungan seperti
sedia ada…”
“Kami menarik Haikal ke pangkin dan Liz duduk di sebelah kiri
sementara Lia di sebelah kanannya. Sambil memegang tangan Lia mencium tangan Haikal
diikuti Liz kemudiannya. Haikal merangkul badan kami berdua kearahnya sambil
membisikkan. “
‘Kira nya takdir menyebelahi kita, saya akan terima apa jua
yang mendatang mungkin salah seorang atau kamu berdua satu hari nanti akan
menjadi sebahagian orang-orang yang membahagiakan keluarga kita. Saya sentiasa
tidak akan menutup pintu hati saya buat kamu berdua kiranya salah seorang dari
kamu nanti jodoh saya… saya dengan hati terbuka menerimanya. Cuma buat masa ini
kita harus bermuhasabah diri dan banyak berserah serta redha atas apa yang
terjadi dan harus bertawakkal sepanjang masa. Berdoalah untuk kebaikan kita
semua semoga doa ikhlas kita di perkenankan. Kiranya saya tiada lagi di dunia
ini dalam waktu singkat saya mengambil peluang ini untuk kamu berdua memaafkan
segala kesalahan saya agar saya tenang di sana.’
“Lantas Liz menutup mulut Haikal dengan kedua-dua telapak
tangan Liz sementara Lia memeluk erat pinggang Haikal dari arah belakang sambil
meletakkan pipi di bahu kanan Haikal….aduh uncle…meruntun jiwa betul dengan
kesedihan yang tak terhingga saat itu.”
“Kami bertiga berpelukan dalam cahaya bulan purnama yang
berseri dan bintang yang bertaburan dengan kerlipan tanpa henti menyaksikan saat
perpisahan kami. Itu lah malam keramat yang memberi kami erti satu kehidupan
yang penuh pengajaran tentang nilai-nilai kemanusiaan yang tiada sempadan.
Semoga malam itu mendewasakan kami dan sangat berharap satu hari nanti Haikal
akan muncul kembali dengan wajah yang berseri untuk mendamaikan Bundu Tuhan
yang pernah melukai dan membawa seribu kenangan yang tak terlupakan buat kami
bertiga.” Emilia berkisah panjang tentang detik terakhir mereka bertiga yang
banyak mengukir sejarah di Bundu Tuhan ini.
“Kami bertiga perlahan-lahan meninggalkan tempat ini sambil
menuju bilik masing-masing. Malam itu Lia dan Liz tidak dapat melelapkan mata.
Bayangan Haikal menjelma setiap detik bila saja kami memejamkan mata. Lia
memeluk Liz seeratnya malam itu dan sekelumit pun mata kami tidak bisa
terpejamkan. Selepas solat subuh Lia terus ke coffee house sementara Liz muncul
kemudian. Kami sarapan bersama sambil menunggu Haikal. Seperti kebiasaan kami
staf tidak di benarkan untuk makan semeja dengan guest.”
“Pagi itu Liz dan Lia sediakan sarapan buat Haikal. Seperti
biasa Haikal tak suka heavy breakfast, dia cuma makan 2 biji telur separuh
masak, roti bakar dan milo kosong…ini sebenarnya salin tak tumpah perangai
uncle ketika sarapan bila uncle ceritakan itulah juga menu sarapan uncle.”
“Setelah Haikal menyelesaikan bayaran semua bil dan
mengucapkan selamat tinggal kepada semua staf di resort ini, kami bertiga turun
dari coffee house menuju tempat letak kereta. Setelah barang-barangnya di
masukkan ke dalam boot kereta dan memanaskan enjin, Haikal mengeluarkan call
card nya daripada dalam walletnya”
‘Ini call card saya, kalau rasa card ini berguna kamu
simpanlah tapi sekiranya card ini tiada lagi gunanya kamu buang saja lah’
‘Awak jalan baik-baik, nanti bila sudah sampai di KL, kalau
ada masa hubungilah kami di sini, saya dan Lia akan sentiasa menanti panggilan
awak’
‘Awak berdua pun jaga diri baik-baik dan kalau bertemu jodoh
jangan lupa hantar kad undangan’
‘Liz, entah-entah orang tu bila dah sampai KL akan terus
lupakan kita’
‘Saya tak ada apa nak bagi kamu berdua, cuma ini sajalah yang
dapat saya tinggalkan sebagai pengganti diri saya’
“Di hulurkan satu sampul yang entah apa ada di dalamnya. Setelah
bersalaman, Haikal meneruskan perjalanannya, kami berdua berlari ke tempat
inilah uncle, sambil melihat kereta Myvi yang di pandunya bergerak menuju
simpang ke jalan besar meninggalkan kami yang sedang berdiri melihat keretanya
berlalu sampailah hilang dari pandangan dan setelah itu Lia meminta Liz membuka
apa yang ada di dalam sampul tersebut”
“Ketika Liz buka sampulnya, terkejut besar kami kerana ada
wang berjumlah RM2000 beserta sekeping surat…uncle nak tengok tak surat tu…ada
lagi kami simpan.”
Sambil Elizabeth mengeluarkan kepingan helai surat bertulis
tangan dari tas tangannya dan di berikan kepada saya untuk membacanya.
‘Lia dan Liz…
Tiada apa yang dapat
saya berikan kecualilah nota ini sebagai pengganti diri.
Terima kasih kerana
kamu berdua menjadikan Bundu Tuhan sebagai tanah keramat yang tak terlupakan.
Sampaikan rasa kasih sayang saya pada uncle Roni dan auntie Mary, juga kepada
sesiapa saja yang banyak menabur budi semasa keberadaan saya. Budi baik mereka
tak terbalas namun sejauh mana saya mencuba.
Kiranya kamu berdua
ketemu Andry dan rakan-rakannya tolong sampaikan jua rasa terima kasih saya
kerana jasanya yang tidak di sengajakan membolehkan saya mengenali lebih jauh
dan menghadirkan diri bersama ramai
insan yang mencipta lembaran kisah suka duka saya.
Terima kasih saya pada mereka mengatasi kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap saya. Perbuatan mereka hanya untuk melindungi kamu dan menyedarkan tingkah laku saya di luar peradaban setempat.
Terima kasih saya pada mereka mengatasi kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap saya. Perbuatan mereka hanya untuk melindungi kamu dan menyedarkan tingkah laku saya di luar peradaban setempat.
Hari-hari dan
malam-malam yang panjang banyak mengajar saya tentang erti satu kehidupan yang
mungkin tidak terzahir tanpa adanya kamu berdua. Saya sedar kini kehadiran saya
sering mengancam dan menyentuh kebahagiaan orang-orang yang begitu asing dalam
lingkungan hidup saya.
Sebelum kemari hati
saya melonjak gembira melewati hidup kota yang membosankan dengan impian menikmati
keindahan Gunung Kinabalu yang megah dan mengagumkan. Tapi sebaliknya saya di
pertemukan dengan kewajaran abadi insan-insan berhati mulia yang menjadikan
saya sebahagian pelakon pentas kehidupan kamu berdua. Dan saya telah
menghancurkan impian banyak orang.
Sampaikan jua salam dan
maaf saya pada Anastasia kiranya kamu berdua ketemunya di suatu kesempatan
nanti. Kamu semua adalah hati-hati yang tanpa sengaja hadir dalam lingkungan
ruang waktu yang tak pernah terimpikan oleh saya. Jauh sekali dari terniat
untuk melukakan dan saya lebih rela untuk di lukai dan mohon dimaafkan atas
segala kekhilafan saya sendiri. Saya bukanlah jaminan ketenangan hidup kamu
semua.
Maaf kerana telah
banyak mencuri waktu kamu yang hanya tersia dengan kewujudan saya dan dalam
diam membuat kamu tersiksa. Wujudnya saya di antara kamu berdua menghancurkan
keeratan hubungan dan kasih sayang yang sekian lama terjalin. Walau sesungguh
mana kita merencanakan akhirnya ini lah takdir buat kita.
Kiranya bayangan saya
menghantui kamu setiap detik, saya berdoa dengan rela hati dan tulus tak
terhingga agar kamu hari demi hari dapat menyisihkan bayangan saya dari hidup
kamu.
Rasa syukur saya panjatkan kiranya dengan menghapuskan kenangan bersama dapat memberi sinar bahagia buat kamu. Kebahagiaan kamu adalah kenikmatan saya. Sekali lagi seperti apa yang saya ucapkan semalam, kiranya saya tiada lagi di dunia ini, maafkanlah saya dan doakan agar saya tenang dan aman di sana.
Rasa syukur saya panjatkan kiranya dengan menghapuskan kenangan bersama dapat memberi sinar bahagia buat kamu. Kebahagiaan kamu adalah kenikmatan saya. Sekali lagi seperti apa yang saya ucapkan semalam, kiranya saya tiada lagi di dunia ini, maafkanlah saya dan doakan agar saya tenang dan aman di sana.
Dengan hati penuh
tulus.
Rafael Haikal.’
Kemudian saya melihat Elizabeth dengan cermatnya melipat
balik helaian surat tersebut sambil di kucupnya dengan mata terpejam sementara
Emilia menggosok-gosokkan tangan di belakang Elizabeth. Saya melihat seolah
surat tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga buat diri mereka berdua.
Mungkin telah berjuta kali surat tersebut di bacanya dan mungkin jua surat itu
adalah azimat yang memberikan harapan agar bersinar hari-hari mukanya dan adalah jua sebagai
sebagai warkah rindu yang tak terungkapkan oleh kata. Saya sedar kini bayangan
Rafael Haikal tidak mungkin terhapus oleh apa pun dan terlintas di hati saya semoga di suatu kesempatan nanti
mereka bisa menerima kenyataan yang Rafael Haikal tidak mungkin menjelma
kembali.
“Walau pun sudah hampir enam tahun Haikal meninggal, tapi Haikal
tetap hidup subur di jiwa kami. Entah lah uncle, bayangan Haikal sentiasa
bertamu dan hampir saban malam kenangan terindah selalu menjelma dan itu yang
meredakan kedukaan kami.” Elizabeth berkata kepada saya seperti meminta
pengertian atas apa yang bersarang di jiwanya.
“Ya kita boleh tertipu dengan yang lain-lain tapi kita tak
boleh menipu memori dan kenangan.” Tiba-tiba Emilia bersuara.
Saya mendengar kisah mereka dengan satu harapan bahawa satu
hari nanti saya juga akan bertamu lagi di sini dengan membawa satu kebahagiaan
walau saya tidak tahu dalam bentuk yang bagaimana.
Jam sudah hampir 12.30 tengah hari. Saya menoleh kearah bilik
yang kami huni tapi tidak kelihatan pun Mem dan anak-anak di pintu bilik. Saya menelefon anak saya Amer untuk
menurunkan barang-barang dan bersiap untuk bertolak ke KK.
“Lia dan Liz…uncle banyak berterima kasih pada kamu berdua
yang banyak meluangkan masa bersama uncle dan hari ini pun sanggup menunggu uncle
sekeluarga semata-mata ingin mengucapkan selamat jalan. Uncle berbanyak minta
maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku uncle semasa keberadaan
uncle di sini. Berkenalan dengan kamu berdua membuat uncle lebih sedar akan
erti pengorbanan dan membuka minda uncle untuk lebih menilai erti satu
kehidupan…”
“Lia sangat berharap dari tadi agar hari akan lebih panjang
dan matahari lambat bergerak dan bumi berhenti berputar kerana kami tak sanggup
rasanya melepaskan uncle pergi…tapi itu hanya lah khayalan yang tak mungkin
terjadi. Sememangnya kami tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kami hari ini
dan tempat duduk kita ini akan menjadi teman selepas ini. Kami akan ingat
segala pesanan dan nasihat uncle sebagai pedoman dalam arah tuju hidup kami
nanti, maaflah sekiranya tingkah laku kami ini ada yang terlanjur.”
Lalu Emilia memegang tangan saya dan di kucupnya beberapa
kali sambil itu Elizabeth pula bersuara.
“Uncle… Liz sangat berharap uncle akan menjengah kami lagi di
sini kerana untuk kami pergi ke tempat uncle tidak memungkinkan kami berbuat
demikian. Uncle akan selalu kami kenang dan akan sentiasa terpahat di hati dan
tiada siapa yang dapat menghapuskan bayangan uncle. Liz berbanyak memohon ampun
dan maaf kiranya ada yang Liz terlebih mengatur bicara dan salah laku.”
Dan Elizabeth juga memegang tangan kanan saya sambil di
kucupnya begitu lama sekali. Kami bertiga berpegangan tangan seolah tidak mahu
melepaskan dan tiba-tiba saya terasa tangan saya panas oleh titisan airmata
dari Emilia dan Elizabeth. Saya memandang mereka berdua dengan penuh kesayuan.
“Uncleee…Liz terasa rindu sangat pada Haikal…tapi perasaan hancur
luluh hati Liz dengan perginya Haikal yang tak akan kembali lagi seakan terubat
dengan memandang wajah uncle dan segala apa yang telah uncle lakukan buat kami
di sini seolah telah menjadi penyembuh luka kami.”
Sambil itu Emilia memeluk badan Elizabeth dan di ciumnya pipi
Elizabeth dengan begitu lama sekali. Kemudian mereka berdua beralih kearah saya
yang sedang memerhatikan perbuatan mereka berdua dengan penuh asyik yang
menduka larakan jiwa saya yang bernama lelaki.
Sebelum melangkah pergi sambil tangan kedua-dua mereka dalam
genggaman saya, sempat saya berkata untuk terakhir kalinya..
“if nobody loves some one who makes mistake, then nobody in
this world will be loved because every body makes mistake”
Tiba-tiba saya mendengar Mem dan anak-anak saya turun dari
tangga di tingkat satu menuju tempat letak kereta. Saya melepaskan tangan Emilia
dan Elizabeth sambil bangun menuju ke kereta.
Setelah memasukkan barang-barang dalam boot kereta, Emilia
dan Elizabeth menuju kearah kami sekeluarga.
“Auntie…selamat jalan dan kami harap kita akan bertemu lagi,”
sambil Emilia bersalaman dengan Mem dan diikuti oleh Elizabeth.
“Kalau uncle tak datang pun auntie datang lah dengan
adik-adik comel ni, saya akan pastikan auntie selamat dan seronok tinggal
disini.” Dari jauh saya mendengar apa yang di ucapkan oleh Elizabeth pada Mem.
“Betul juga kata kamu…uncle ni sibuk memanjang…ye, satu hari
nanti akan kami datang lagi ke sini…maaf auntie tak ingat nama-nama kamu berdua
ni.”
“Saya Emilia dan ini Elizabeth.”
Saya memerhatikan perbualan mereka bertiga dan sementara itu
saya melihat Suzanna dan Monica sedang berlari dari lobby menuju kearah kami.
“Bil semua dah settle kan pagi tadi?” Saya berkata sebaik
saja Suzanna dan Monica tiba di tempat kami berdiri.
“Bukan pasal bil la uncle…tapi yang tu…yang abang ni kalu dia
nak datang sorang pun uncle dan auntie kena izinkan lah…kami di sini dengan hati
terbuka akan menyambut dia. “
Amer tersenyum tersengih macam orang sedang gelabah. Merah
padam mukanya mendengar ucapan gurauan Suzanna tadi.
“Adik-adik ni pun kalau cuti semester tu cakap lah kat ayah
tu nak datang bercuti di Kundasang ni…nanti akak Suzanna dan kami semua boleh
bawa jalan-jalan jadi tour guide.. akak-akak ni semua boleh temankan…”
“Terbaik ayat kamu Su…aku kalau tak dapat abang dapat keluar
dengan adik-adik pun jadilah,” kata Monica beseloroh.
Sementara itu Nisa dan Alia sedang di peluk Emilia dan
Elizabeth.
Mereka semua
bersalaman lantas Amer melangkah ke tempat pemandu dan kami semua masuk kedalam
kereta Nazaria untuk bertolak pergi. Saya duduk di depan sebelah Amer. Ketika Amer
memusingkan kereta dan bergerak menuju jalan keluar saya dengan jelas dapat
melihat mereka berempat sedang berdiri di tempat letak kereta sambil
melambai-lambaikan tangan.
“Adik-adik manis sila tunggu kedatangan saya nanti…cheerio,
selamat tinggal darling semua.” Amer tiba-tiba dengan berani bersuara, dan saya
melihat Suzanna melompat-lompat kegembiraan.
Apabila Amer berhenti di selekoh saya memalingkan muka keluar
tingkap dan dapat melihat Emilia dan Elizabeth sedang berdiri di pagar ruang
tunggu reception counter sambil memerhatikan kearah kami dan saya sempat
melambaikan tangan buat kali terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan menuju
KK.
Angin dingin dan kabus Bundu Tuhan seakan mengerti hati saya
yang sedang di liputi kabus yang kian menebal. Saya tinggalkan kawasan dan lembah Bundu Tuhan dengan seribu kenangan
yang mungkin tak terlupakan selagi saya di beri kesempatan Tuhan untuk
bernafas.
Deruan enjin Nazaria menjadi melodi indah bersama lembah,
gunung dan kehijauan alam semesta serta penghuni yang menjadi sebahagian dari
panorama anugerah Ilahi yang tak terhingga nilainya.
Saya menurunkan cermin tingkap di sebelah saya sambil
menghulurkan tangan keluar dan memejam mata menikmati dingin bayu di lembah dan
pergunungan keramat yang banyak menemukan dan mengajar saya erti nilai-nilai
kehidupan yang selama ini begitu asing bagi saya.
Mem dan anak-anak pun melakukan benda yang sama seperti apa
yang sedang saya lakukan. Amer membuka sunroof agar dapat menikmati angin
dingin yang menerpa masuk melalui setiap ruang yang terbuka.
Melihat gelagat mereka saya terbuai bersama perasaan yang
berbaur antara suka dan duka. Saya seronok sekali kerana saya telah berhasil membawa
sekelumit kebahagiaan terhadap keluarga, sementara sedih yang saya rasakan
kerana saya tidak mampu dan tiada kesempatan untuk selalu membuat mereka
bahagia dengan bersantai melancung bersama begini. Di kesempatan yang ada ini
saya sungguh bahagia yang tak terucapkan.
Tapi alangkah baiknya jika semua ahli keluarga dapat hadir
bersama. Mungkin di satu kesempatan yang lain, dengan izin Allah, barangkali
begitulah. Apalah yang di harapkan lagi untuk mengimpi dan mencari bahagia di
hari-hari tua begini selain berkumpul dan menikmati hasil jerih lelah selama
ini. Tiada yang lebih asyik bagi saya selain dapat peluang untuk keluar bersama
kerana ini juga adalah terapi terbaik untuk mengeratkan tali ikatan kasih
sayang dan erti satu bentuk kekeluargaan. Sudah menjadi impian setiap yang
bernama keluarga untuk bahagia kekal hingga ke akhirnya. Dan saya pun tidak
terkecuali.
Mungkin suasana begini lah yang di rasakan Emilia tatkala
pertama kali tiba di persekitaran ini ketika bapa Elizabeth membawanya pulang
ke Bundu Tuhan.
Deruan enjin Nazaria kadangkala mengaum keras bila saja
menaiki bukit yang berliku dan kadangkala mengeluarkan bunyi indah sekali
sekala tika menuruni lembah. Saya terbuai bersama merdunya deruan enjin dan
kepulan asap yang mengekori kami.
Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit saya tenggelam dalam
keasyikan suasana bersama indahnya pemandangan alam semesta serta ingatan indahnya
kenangan yang baru saja saya alami. Saya seperti bermimpi dengan khayalan yang
menjanjikan kesyahduan sehingga sekali sekala tenggelam bersama deruan enjin dan akhirnya saya hanyut
dalam lena yang panjang.
Apakah mungkin saya
akan muncul kembali membawa satu harapan untuk Emilia dan Elizabeth satu ketika
nanti.
Saya pasti akan mengulangi kunjungan saya ke lembah permai
yang penuh tanda tanya ini kerana saya perlu menyelesaikan misi dan misteri
yang masih belum terungkai dan saya sangat berharap akan menemukan kesudahan
kisahnya tentang persoalan yang masih belum menemukan jawapan.
Saya berharap…dan...sentiasa berharap…mungkin begitulah nanti
jadinya sehingga saya ketemu dengan apa yang saya cari sekian lama.
berakhir lah jilid/volume pertama (1)....akan bersambung di jilid/volume kedua (2)....sempena tahun 2014...
selamat membaca....voila...cheers from me...
“
‘
No comments:
Post a Comment