Sunday, 5 January 2014

MALAM PENUH BINTANG - (13)




Geli hati betul saya dengan perbuatannya ini. Mungkin ini jua caranya dia meredakan kedukaan yang selama ini bersarang di benaknya. Saya pun tidak lah ambil hati dengan apa yang di lakukan ke atas saya dan saya anggap semua ini hanya lah gurauan semata.


“Kamu tau tak yang kamu tumbuk tu sebenarnya adalah diri kamu sendiri…saya ok tak rasa apa pun.”


Emilia nampak semacam kehairanan bila saya katakan yang dia menumbuk dirinya sendiri.


“Nape uncle cakap Lia tumbuk diri sendiri?”


“Tahu kah kamu bahawa Tuhan menjadikan perempuan melalui rusuk kiri orang lelaki…maksud saya Tuhan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam…itu pasal rusuk orang lelaki sebelah kiri kurang satu dari sebelah kanan….eh...betul ke yang kiri?” Lalu saya pegangkan rusuk sebelah kiri saya.


“Serius ni uncle…bukan lawak bodoh eh..”


“Eh kamu ni…tak percaya tanyalah alim ulama…dan kenapa ada beza lelaki dengan perempuan tentang halkum…orang perempuan tak ada halkum.”


“Ya tak ya juga,” lalu di rabanya leher saya untuk membuktikan yang statement saya tu betul.


“Kerana semasa di syurga syaitan memujuk Siti Hawa untuk memakan sejenis buah namanya buah Quldi, sejenis buah di taman syurga, Siti Hawa sempat telan habis sedangkan Nabi Adam terselamat kerana malaikat sempat mencekik leher Nabi Adam dan itu lah asalnya halkum…”


“Menarik cerita uncle ni…”


“Tu la…kalau kamu tak tumbuk rusuk saya tadi semua cerita ni tak keluar…jadi always be positive…ada faham?”


“Uncle ni…pening Lia jadinya…apa saja benda ada saja jawapan, keterangan yang logik dan boleh di terima akal…istimewa sungguh uncle ni…sayang lah kat uncle ni...you’re really a limited edition…”


"Sekarang kamu faham kan bahawa sesuatu yang terjadi mesti bersebab...itu untuk renungan manusia semua."


 "Adakah wanita ada haid di sebabkan sebahagiannya adalah untuk menyucikan organ dalaman yang telah di masuki oleh sel-sel daripada buah yang di makan oleh siti Hawa itu…”


"Itu satu soalan yang bagus, saya pun belum pernah bertanya kepada alim ulama tentang perkara tu...ya menarik soalan kamu tu."


“Menarik sungguh cerita uncle ni…malam yang mulia ini Lia rasa sangat bertuah dan sangat bersyukur kerana di kesempatan ini telah mempertemukan Lia dengan insan istimewa yang takkan Lia lupakan selagi nyawa di kandung badan.”


“Lain macam pujian kamu…bergetar usus saya mendengarnya…hihihi…”


“Dah mula lah la tu…tengah orang asyik dengan cerita dia mula lah kelakarnya keluar balik…eeee….geramnya hati ni..”


“Asyik serius manjang boring gak…saya teringat kata-kata oleh seorang expert educator namanya Glenn Capelli, orang Australia, dia ni menjelajah seluruh dunia mengkaji tentang human behaviour bagaimana untuk mendapatkan idea-idea bernas dalam diri seseorang…kamu tahu apa dia kata?”


“Nak tahu macam mana tak pernah dengar pun nama dia tu.”


“Tu la kamu…dia kata idea yang paling bernas di perolehi melalui laughter…saya pun teringat masa saya kerja dengan kerajaan dulu kita ada satu kaedah di panggil KMMK/Kumpulan Meningkat Mutu Kerja…di mana setiap orang dalam kumpulan tu di beri peluang untuk bercakap..masa tu saya jadi facilitator program tersebut.”


“Tak faham…macam mana caranya tu?”


“Cuba kamu fikir kiranya sekarang ni manager di sini panggil mesyuarat dalam keadaan tegang dan serius, ramai yang tak berani nak mengeluarkan pendapat..takut kena marah, kena ketawakan orang, kena bantai dan macam-macam lah yang membuatkan orang takut untuk bersuara….cuba di lakukan dengan cara lebih selamba, kurangkan tension dan di selitkan unsur-unsur laughter, sudah tentu kita boleh mendapat idea-idea bernas yang mungkin bermanafaat untuk di praktikkan…tak gitu?”


“Real la uncle…kalau dapat bos macam uncle ni..memang terbaik la…sekarang baru Lia faham.”


Sambil tertawa Emilia tiba-tiba berkata..


“Uncle ni sekali pandang dan kalau tak kenal nampak macam garang dengan misai melenting dan kadangkala nampak macam bongok pun ya, tapi sebenarnya brilliant juga kepala otak uncle ni…tak sia-sia lah Lia malam ni duduk sebelah uncle…Liz pun dapat banyak ilmu juga ke tadi?”


“Dia dapat ilmu lain, kamu kongsi dan campurkan ilmu-ilmu tu, satu hari nanti kamu berdua boleh tulis buku.”


“Kalau Lia tumbuk lain-lain tempat nanti banyak lagi ilmu yang boleh uncle ceritakan tentang tempat-tempat yang Lia kerjakan kat badan uncle tu…bernas gak idea tu kan?”


Kelakar juga kepala otak Emilia ni. Tak sangka pula yang dia boleh berfikir sedemikian rupa. Geli hati saya di buatnya.


“Memang bernas tapi saya tak sanggup asyik kena je…punching bag pun boleh bocor…inikan pula kulit yang sedang me ‘macho’ kan diri…alahai tak sanggup la wei..”


“Banyak betul ilmu uncle ni ye!”


“Tu baru ilmu zahir belum lagi ilmu batin.”


“Ke situ juga akhirnya…kalau jantan tetap jantan namanya.”


“Kamu faham ke apa makna batin tu?”


“Ingat orang ni bodoh ke…batin tu tak de lain la cerita ke arah lucah la.”


“Banyak lagi la kamu ni kena di sumbatkan garam dalam mulut tu…”


“Dah yang benar…nak selindung apa lagi…tak sangka ye…dalam baik-baik nak di pancing nya juga.”


“Kamu ni banyak sangat silap fahamannya…ajaran sesat ke apa kamu ni?”


“Kita pula di katakan sesat, yang uncle nak menyesatkan orang tu tak sedar pula.”


“Maksud saya batin tu adalah spiritual atau ilmu kerohanian…bukan seperti apa yang ada dalam kepala otak kamu tu…itu ilmu blue…otak blue ada faham ke perbezaannya?”


Saya melihat Emilia terus diam dan terkulat-kulat matanya memandang saya. Mungkin dia tengah keliru apa kah dia yang benar atau tersilap tafsiran tadi.


“Eeee malunya Lia uncle..malunya tersalah anggap kat uncle ni…maaf...maaf…maafkan Lia uncle,” sambil dipegangnya tangan saya dan di kucupnya berkali-kali seperti menandakan orang muda atau anak-anak yang sedang meminta maaf dari golongan dewasa atau kebapaan.


“Bukan silap kamu…ramai yang fikirkan macam tu tambahan yang ubun-ubun masih lembik macam kamu ni…faham ke tak apa yang saya cakapkan ni…?”


“Uncle tak marah Lia kan….I’m really very sorry…uncle please…maafkan Lia ya.”


“Berapa kali kamu nak minta maaf…saya ok...saya tahu bukan niat kamu nak tempelak saya…mungkin ada baiknya kamu test saya macam tu…kalau lah orang yang cakap begitu memang ada niat serong, kan bagus kamu hentam macam tu…sekurang-kurangnya kamu ni ada cara nak melepaskan diri dari manusia yang jenis tu.”


“Setiap yang uncle jawab ada logiknya…aduhai sayangnya Lia kat uncle ni…tak terhingga…I wish I have a father like you…”


“Setiap manusia ada kelebihan, apa yang ada pada ibu bapa kamu, tak ada pada saya…jadi kena bersyukur kamu di lahirkan ke dunia ini melalui percantuman dan percaturan kasih sayang ibu bapa kamu berdua…setiap ibu bapa ada kehebatan dan kelebihan masing-masing…Queen Elizabeth pun ada kelemahan…”


“Uncle ni banyak membuka minda Lia untuk lebih mengerti tentang erti kehidupan, tentang banyak bersyukur dari merungut dan menyesali hidup ini….terima kasih banyak uncle...walau tak sampai dua hari Lia kenal uncle tapi rasanya uncle telah hidup dalam jiwa Lia berkurun lamanya….”


“Tinggi sangat pujian tu…nanti tak larat nak bawa jatuh tersungkur ke bumi…dah la bangka macam selalu kamu cakap tu…cepat lah kojolnya saya ni.”


“Uncle terasa hati ke Lia selalu sebut pasal bangka tu?”


“Memang terasa sangat….sangat seronok kerana kamu telah menyedarkan saya tentang diri saya yang telah dimamah usia…bagus bha macam tu…saya ni kan banyak sangat kumpau nya.”


“Kumpau tu apa?”


“Eh...kamu orang Sabah mesti tahu perkataan tu…orang Sabah cakap kumpau tu temberang maknanya…entah.. kawan saya dari Lahad Datu yang ajarkan saya perkataan tu…dia kata kalau sampai di Lahad Datu malam-malam boleh lah kita pergi memburu payau…dan kawannya yang seorang lagi cakap tak payah lah nak kumpau, kami ni dari Sabah jua…”


“Uncle ni macam-macam benda boleh cerita…kalau uncle ni tinggal dalam laut uncle boleh berkawan dengan ikan…jadi bapa Nemo pun sesuai.”


“Kamu perli ya...kamu tahu tak…tadi kamu cerita pasal ego kan…kalau perangai atau penyakit ego yang boleh mencederakan diri ni kira kalau tak di terapi boleh menjadi satu penyakit kronik…penyakit tu di kenali sebagai Egolomania…tak tipu...serius ni…jangan wat pasal benda-benda macam ni.”


“Seram lah Lia uncle cakap macam ni…takkan lah sampai kena terapi pula…Lia ni tak lah sampai macam tu sekali.”


“Kamu tu di sebabkan darah muda…bila emosi terganggu orang akan buat keputusan yang salah mengikut perasaan, dan masa tu lah syaitan menggoda, itu sebabnya bila marah pergi ambil wudhu’ pasti marah tu menurun kerana syaitan asalnya api bila kena air…terus out..ni pun ilmu  juga Lia.”


“Ni satu lagi ilmu yang baru buat Lia…terima kasih banyak uncle….tak sangka ye orang rock macam ni pun banyak ilmu…uncle ni kalau jadi pensyarah mesti pelajar suka, cepat pandai dan tak mengantuk.”


“Untuk pengetahuan kamu, saya pernah jadi part time lecturer di UiTM, untuk pelajar-pelajar tahun akhir kursus Architecture dalam subjek Environmental Planning…sempat juga dua semester…bukan apa, untuk pengalaman.”


“Tu la Lia dah perasan uncle ni boleh buat macam-macam…memasak, melukis, menyanyi boleh?…Cuba test suara sikit…”


“Menyanyi kat karaoke tu boleh la…kalau depan public tak keluar suara jadi nya…kamu tahu macam mana asal usul karaoke? Pernah dengar…karaoke ni asal dari Jepun, bagi masyarakat Jepun, orang penting dalam syarikat jarang balik rumah, mungkin sebulan sekali, kebanyakkan dari mereka malam-malam pergi minum kat pub dan tidur dalam cubicle di stesen tube...salah satu cara untuk menghilangkan stress kerana lama tak jumpa famili maka di reka satu bentuk hiburan untuk hilangkan stress…tercipta lah karaoke tu…tapi sekarang orang salah guna karaoke tu untuk buat bisnes yang terlibat dengan aktiviti kurang sihat…niat asal karaoke tu bagus, untuk orang melepas perasaan, menjerit melolong…masa tu lah cecair dalam badan yang di panggil adrenalin akan keluar…pernah dengar orang cakap adneralin rush… menarik kan asal usul karaoke ni.”


“Uncle ni kelentong ke betul ni…uncle ni sebenarnya benda betul dan salah semua sama jer uncle cerita, muka tu tak berkerut langsung…susah nak tau mana betul dan yang kelentong…lagak selamba giler tu yang mahal…”


“Tu lah fasal orang yang selalu ketawa tu lambat tua…kita ceria hilang stress dan adrenalin tu turut membantu proses melambatkan tua…tetap tua tapi lambat sikit lah…laughter is the best medicine.”


“Kalau sapa-sapa duduk dengan uncle ni mesti lambat tua kan..kan..kan…”


“Banyak sangat kan tu perli ke apa?”


“Mungkin betul gak cakap uncle ni…tengok uncle ni bukan nampak tua sangat pun…masih steady.”


“Kamu tahu tak..bila kita ketawa segala tisu-tisu muka akan tegang dan lambat kecut…untuk pengetahuan kamu hingga ke hari ini satu batang gigi saya ni tak ada yang bertampal dan tak ada yang tercabut…masih kuat…boleh lagi lah kalau nak kopek kelapa pakai gigi ni.”


“Tengok sekejap…nganga..nganga…” lalu di ambilnya lampu suluh dan terus di suluh ke dalam mulut saya.


“Eh..betul la…hebat.. ilmu apa yang uncle pakai?”


“Tu la pasal…jangan sampai saya gigit kamu.”


Dan dengan tiba-tiba Emilia menginsut jauh dari saya sambil memerli dengan menunjukkan ke arah gigi saya. Kelakar pun ya perangai Emilia ni.


“Mengalahkan Dracula..ni lah pertama kali makhluk paling pelik yang pernah Lia jumpa…endangered species yang di lindungi hahaha…tapi uncle tak tipu tu semua ori nya cerita uncle ni…caya lah.”


“Dracula tak main la…kalau ’dara ku la’ ok gak hahaha….”


“Eish..eish..eish…kenapa lah pintar sangat otak putar belit uncle ni…pelik, hairan dan kagum pun ya.”


“Tapi agak-agak masuk akal tak cerita saya pasal karaoke ni? Saya tak kelentong kerana saya sendiri yang nampak, tahun 1989 saya masa tu kerja dengan JPBD/Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan saya antara lima orang perwakilan dari Malaysia di hantar untuk menghadiri expo ISCID, expo dan pameran tentang rekabentuk peringkat antarabangsa yang berlangsung di Nagoya…masa tu lah saya ketemu Giorgretto Guigiaro, seorang pereka kereta dari Italy,  Rubik yang rekacipta Rubik Cube tu, nama sebenar dia ialah Erno Rubik seorang Architect dari Hungary dan pereka tersohor dunia yang merekabentuk kereta-kereta hebat seperti Lambho, Ferrari, Porsche, BMW dari Pininfarina Design House…Pininfarina ni adalah nama seorang pereka kereta mewah dari Italy nama sebenarnya Andrea Pininfarina, beliau meninggal akibat kemalangan kereta. Ketika di Tokyo, sebelum kita bertolak ke pusat expo di Nagoya, kita orang di tempatkan di kawasan Ginza, masa tu la saya nampak ramai orang yang tidur dalam cubicle  di stesen tube.”


“Cerita uncle semua masuk akal…explanation tu baik punya…buat orang pening kepala…macam Lia cakap tadi….peergh pening dengan uncle ni.”


“Terpulang lah…kamu tau tak satu sifat terpuji orang Jepun ni…mereka pembersih dan jujur. Semasa kita orang bersiar-siar di Tokyo, ada seorang kawan saya buang kulit gula-gula atas rumput tepi jalan...kamu tau tak kami nampak seorang perempuan tua di belakang kami mengutip balik kulit gula-gula tu dan di buang ke dalam tong sampah…malunya kami masa tu...dan satu lagi semasa naik teksi menuju hotel Hilton tempat kami menginap di Nagoya saya tertinggal barang dalam teksi…yang hairannya pemandu teksi tu boleh pulangkan balik barang saya tu…terfikir dalam hati ini lah contoh yang sepatutnya ada di negara Islam,” kata saya kepada Emilia yang sedang menggaru-garu kepala dengan jari-jari tangan kirinya.”


“Ya ke cerita uncle ni?…Uncle ni terlebih khayal nampaknya…entah-entah baca majalah pah tu buat cerita.”


“Terpulanglah…tak caya pun tak pe.”


“Mula lah buat muka se posen dia tu…” Emilia memerli saya bila saja saya buat seolah tidak lagi berminat untuk berkata-kata.


“Sambung balik cerita kamu tu la …cerita kamu ni pun tak tau betul ke kelentong…muka kamu tu pun selamba juga…kadangkala nampak macam bodoh pun ya,” sambil saya ketawa dan saya tengok tangan Emilia dah mula naik untuk menumbuk belakang saya tapi tak jadi di lakukannya.”


“Nasib baik je la hati ni sabar kalau tidak lebam belakang tu…ok kita sambung balik cerita…berbalik pada cerita Haikal tu…” sambil Emilia menarik nafas sebelum memulakan kisahnya…


“Tiga hari selepas balik rumah, Lia kena pergi balik hospital untuk pemeriksaan selanjutnya sebelum di buka plaster cement di kaki, masa tu Haikal yang secara rela membawa Lia ke Hospital. Liz tak dapat ikut kerana dia kerja. Haikal kerja sendiri, jadi masanya pun flexible….masa hari pertama tu dia datang ke rumah, Lia seorang diri.”


‘Kalau dah siap kita boleh pergi sekarang, kalau pagi-pagi tak ramai pesakit, kita boleh balik awal’


“Lia masih ingat itu lah kata-kata Haikal yang sedang memimpin tangan Lia masuk ke keretanya. Setelah semua dah ok baru lah dia masuk ke sebelah pemandu…masa tu Lia dapat rasakan yang dia ni ikhlas nak tolong Lia...masa dia pegang dan peluk Lia ke kereta, aduh…berdebar sungguh laju jantung Lia...panik, malu, segan sampai kemerehan muka di buatnya.”


‘Saya minta maaf lah dan sangat bersimpati dengan kamu atas semua kejadian ni’


‘Nape pula nak minta maaf bukan salah awak dan bukan salah sesiapa, tapi semua salah Lia sendiri.’


‘Tapi firasat saya mengatakan perkara ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan saya…tapi saya tak tau apa, cuma itu yang apa saya fikirkan’


‘Saya nak tanya sikit boleh ke?’


‘Boleh takde hal…apa dia?’


‘Awak dengan Liz tu serius ke?’


“Sebenarnya uncle Lia pun tak tau mengapa tiba-tiba saja masa tu Lia jadi berani untuk bertanya fasal hubungan mereka pada hal Lia tau itu rahsia mereka berdua.”


‘Nak kata serius pun tak juga, saya tak pernah janji apa-apa dengan Liz, kita cuma berkawan seperti biasa, tapi kadang-kadang saya hairan bila saya tanya Liz dia cuba mengelak tentang hal-hal berkaitan perasaan dan hati…dulu dia nampak macam jinak sangat, tapi bila saya berkawan dan keluar makan bersama, dia sebenarnya pandai jaga diri dan kami menghormati batasan masing-masing’


‘Malam-malam awak balik lewat keluar dengan Liz biasanya kemana?’


‘Yang sebenarnya saya yang minta Liz tunjukkan tempat-tempat makan sekitar Kundasang, kerana saya semacam dah boring makan kat tempat sama, jadi nak lah juga alih selera…hari tu kita kuar makan kat Restoran Nabalu kat Kundasang…ok masakan kat situ…dengar cerita kawan-kawan yang pernah ke situ, restoran tu kepunyaan bekas Timbalan Menteri, Tan Sri Bernard Dompok..’


‘Ada Liz cerita apa-apa pasal saya pada awak..maksud saya hubungan kekeluargaan kami berdua’


‘Ada lah lebih kurang tapi tak ada lah banyak sangat…oh baru saya teringat…dia kata kamu berdua ni lebih daripada adik beradik, dan dia sangat sayangkan kamu melebihi dirinya sendiri…saya tak faham masa tu…tapi selepas dia dan saya balik dari hospital tempoh hari dan setelah saya ke rumah kamu orang, baru saya perasan dan faham apa yang dimaksudkan’


“Lia pun terfikir-fikir apakah Lia salah anggap pada Liz selama ini…Lia jadi sangat keliru uncle. Tapi bila tengok Liz tu bukan main mesra dengan Haikal tak menasabah yang dia orang tu tak ada apa-apa hubungan hati dan perasaan...mungkin mereka ni dah berpakat dan saja tak nak Lia tahu...macam-macam kemungkinan…Lia tak percaya apa yang Haikal cakapkan ni.”


‘Awak kerap sangat keluar dengan dia kan…takkan lah tak berputik apa-apa dalam hati...Liz tu kan cantik dan menggoda…kalau saya lelaki pun boleh tergoda tambah dengan manja-manja gilernya tu.’


‘Masa mula-mula keluar dengan dia saya tak rasa apa pun, yang saya fikir dia tu masih budak-budak, tapi lama kelamaan saya tengok dia matang dan bijak sebenarnya dan sedikit sebanyak membuka hati lelaki saya untuk menyukainya…tapi bila saya cuba ungkitkan topik cinta, dia selalu mengelak…’


“Tadi Lia saja nak pancing Haikal dengan petanyaan macam tu supaya dia buka cerita, betul-betul dia buka cerita dan Lia tengok dia semacam jujur dan tidak berselindung.”


‘Kenapa tak berterus terang saja. Saya kenal siapa dia dan kalau awak betul-betul serius saya boleh bantu awak untuk menawan dan menambatkan hatinya pada awak’


“Sebenarnya bila Lia dapat tahu yang mereka tiada apa-apa hubungan serius Lia jadi serba salah dan merasa sangat berdosa pada Liz. Mungkin Liz ada sebab tertentu. Lia pun jadi sangat hairan samada Haikal ni bercakap benar atau tidak…tapi Lia kena cuba korek lagi. Lia kurang percaya cakap Haikal...mungkin Haikal ni pun nak cuba uji siapa Lia dan akan di beritakan pada Liz akan perangai Lia.”


‘Perasaan dan hati tak boleh di paksa…kena datang dari hati yang tulus kerana cinta banyak sangat likunya dan menuntut pengorbanan’


‘Mungkin Liz tak berani nak mulakan, nanti kalau cepat sangat nampaklah murahnya…barang murah tak ada nilainya…yang susah dapat tu yang ada thrill…betul tak?’


“Haikal berada di hospital bersama Lia hampir dua jam. Lia terfikir kenapa dia berbuat semua ini kepada Lia. Nanti apa akan jadi dengan kerjanya walau Lia tahu dia bukan kerja mengikut waktu pejabat’


‘Lia minta maaf kerana banyak menyusahkan awak. Lia boleh datang dengan uncle Roni naik motor’


‘Eish kamu ni, Bundu Tuhan ke Ranau bukannya dekat…yang sebenarnya selepas saya tanya auntie macam mana dengan rawatan kamu selepas balik rumah, auntie bagi tahu uncle Roni lah kena hantar, kat sini susah nak dapat teksi…tu yang saya hulurkan bantuan  ni’


‘Liz tahu ke tak semua ni?…Kalau dia tahu mengamuk nanti…jangan lah bagi tahu dia.’


“Setelah selesai pemeriksaan doktor, Haikal bawa Lia ke pekan Ranau untuk makan. Oleh kerana masih siang, Haikal cadangkan kita pergi ke ladang teh yang terbesar di Sabah, tak jauh pun dari pekan Ranau, jalan menghala ke Tawau, Sandakan. Menurut Haikal dia pernah baca tentang ladang teh tersebut dan sebagai Akitek Landskap teringin sangat dia nak ke sana. Lia tau lah jalan ke ladang teh tu tapi Lia tak pernah sampai pun.”


‘Saya ada terbaca satu laporan bahawa ladang teh Sabah ni merupakan ladang teh organik terbesar di Malaysia dengan persekitaran hujan hutan tropika yang berusia melebihi 130 juta tahun. Di Cameron Highlands bukannya ladang teh organik tapi yang kebiasaan seperti terdapat di lain tempat seluruh dunia’


“Haikal mengusulkan agar kami bergerak ke ladang teh di km 17 jalan Ranau Sandakan, kampong Nalapak, Ranau yang selama ini menjadi salah satu idaman tempat wajib lawat bila saja di Ranau.”


‘Lia tak berapa faham semua tu…tapi Lia tahu la kerana ada juga teh jenis ni yang di gunakan di resort tempat Lia kerja tu. Lia pernah lah hidangkan teh ni kepada pelanggan’


“Semasa di ladang teh tersebut kami keluar menyedut udara pergunungan di persekitaran lembah dan bukit bukau yang menghijau. Haikal banyak sekali ambil gambar Lia dan juga panorama ladang teh yang terbentang luas dan memukau pandangan mata. Kami tiba di rumah sudah petang, ketika kami sampai Liz sedang menunggu di beranda depan rumah…ketika Haikal menolong Lia naik tangga tu yang seronok sangat bila Lia terpaksa bergayut di tangan dan badan Haikal, dan masa tu Liz pandang kami dengan muka masam.”


‘Terima kasih banyak…Lia seronok sangat hari ni…rasa tak puas lah…semoga ada lain kali’


‘In sha Allah boleh saya tolong lagi kalau kelapangan waktu…ok Liz dan Lia saya balik dulu’


“Setelah Haikal pergi, Liz nampak macam orang tengah bengang mungkin cemburu nampak Lia dengan Haikal tadi.”


‘Bukan main lagi kau ye, seronoknya dia keluar dengan boy friend orang’


‘Dia kata setelah dia keluar dan mula kenal aku dia sekarang ni dia mula tertarik dengan aku’


“Saja jer Lia cakap begitu kerana mahu melihat apa reaksi samada dia dapat menerimanya atau tidak.”


‘Banyak lah tertariknya, dia dah mula mengaku yang dia sukakan aku dan esok kita orang nak dating lagi’


‘Aku pun pagi-pagi akan dating dengan dia, petang ke malam dia ajak kau, tapi buat teman untuk dia pergi makan saja, dengan aku kita orang peluk memeluk tambahan pula dengan keadaan aku macam ni...lagi lah …peluk habis’


‘Kau tau tak dia selalu cium aku masa dalam kereta…kau ada….tiada’


“Mungkin dengan kata-katanya begitu kepada Lia agaknya di fikirkan boleh membuat perasaan Lia terbakar.”


‘Kita tengok nanti Haikal tu akhirnya jatuh ke tangan siapa’


“Saja Lia mahu melihat kesungguhan dan tahap keyakinannya pada saat ini.”


‘Ok aku takkan lepaskan dia untuk orang lain…dia aku yang punya…aku sorang saja.’


“Uncle dapat agak kan kenapa Lia buat macam tu, Lia reka cerita supaya Liz jeles dan dia akan lebih rapat lagi dengan Haikal…tapi sebenarnya uncle, Lia memang dah jatuh hati gila dengan Haikal tapi bila di fikirkan kenapa Liz mengelak untuk lebih jauh tenggelam dalam mainan perasaan cinta terhadap Haikal, bermakna Liz ni masih malu-malu nak menyatakan yang sebenar, sekarang dah jadi tugas Lia untuk rapatkan mereka…ini semua Lia lakukan kerana keluarga dia banyak sangat berkorban untuk Lia dan tak terbalas budi baik mereka…tanpa mereka entah apa jadi pada Lia…nak balas budi baik keluarganya mereka semua dah tiada, yang ada hanya Liz…sekarang masa nya untuk Lia berkorban apa saja buat Liz.”


“Kamu berdua ni sebenarnya dalam keadaan serba salah,  keliru dan terpaksa berkorban walau menghancurkan hati sendiri. Hebat sungguh.“


Pengorbanan yang ikhlas membawa satu kenikmatan walau pada mulanya hanya lah kesengsaraan yang sukar namun kiranya rintangan berarak pergi maka lahirlah kepuasan yang tidak terhingga yang tak terbayar walau se mahal mana.


“Begitulah seterusnya kami bergilir-gilir keluar dengan Haikal… pagi dengan Lia, malam dengan Liz…bila di tanya pada Haikal katanya dia dah mula sukakan Lia, Liz pula cerita yang Haikal sebenarnya dah  nak bertunang tahun depan. Lia seronok sangat kalau betul Liz bertunang dengan Haikal. Bila Lia cuba-cuba ajukan pada Haikal dia kata itu cuma khayalan Liz dan Lia pun buat lah strategi Lia mesra-mesra dengan Haikal depan Liz agar Liz betul-betul jeles dan dengan apa jua cara dapat seolah-olah sudah tertambat hati Haikal tu. Kami bergaduh hampir setiap malam….sampailah di satu hari bila satu tragedi menimpa….”


“Tengok jam dah pukul berapa?” Saya bertanya pada Emilia yang sedang asyik bercerita.


“Dah pukul satu lebih ni uncle.”


“Ok lah rasanya cerita kamu ni panjang lagi…apa kata kita sambung kalau ada masa dan di takdirkan kita jumpa lagi, nanti saya datang cari kamu dan kita boleh sembang-sembang macam ni lagi…esok saya dah nak balik KK, belum berkemas pun lagi,” kata saya dan sememangnya pun saya masih belum berkemas barang lagi.


“Lia mulalah rasa sedih....tak tau lagi bila kita kan jumpa. Uncle jangan tak datang kalau sampai Sabah harap-harap luangkan lah sedikit masa jenguk-jenguk kami di sini.“


Saya melihat Emilia merapatkan dirinya kepada saya. Dia memegang tangan saya sambil bersalaman dan mengucup tangan, dan dengan perasaan sedih, lama sekali di genggamnya tangan saya. Tiba-tiba  saya merasa titisan air jatuh satu persatu di atas tangan dan jari jemari saya…tanpa di sengajakan saya pun berkongsi kesedihan. Dia menangis rupanya sambil berkata…


“Malam ni Lia tidur di resort ni dan akan tunggu uncle sekeluarga di sini, di tempat kita berdiri ini untuk mengucapkan selamat tinggal.”


“Kamu ni buat saya sedih pula Lia, jangan lah macam ni…tapi sebenarnya ingin sekali saya nak jumpa kamu berdua…kalau boleh esok pagi sebelum saya bertolak pulang ke KK dan lusa saya dah nak terbang ke KL.”


“Lia janji esok kami akan tunggu uncle pagi-pagi lagi.”


“Ini buat kamu,” sambil saya menghulurkan beberapa kepingan wang kertas.


“Tak mau...tak mau..tadi uncle dah banyak bagi pada Liz…nanti kami kongsi lah belanja duit tu.”


“Tak boleh macam tu, itu hak Liz kamu tak boleh campur dan ini hak kamu saya bagi ikhlas…”


Sambil dia berundur diri jauh dari saya.


“Tak nak la uncle…uncle dok dengar cerita Lia ni pun nilainya tak terkira…. itu sudah mencukupi.”


Saya terus sambar tangannya dan saya masukkan duit tersebut dalam poket seluarnya walau pun dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.


“Lia, sikit jer ni tak sampai pun seratus...balik nanti kamu tengok.”


Sebenarnya dia tak tahu berapa jumlahnya yang saya bagi iaitu RM500 sama lah dengan yang saya beri pada Liz tadi. Pada saya bukan jumlah duit itu yang bernilai tapi adalah erti kemurnian persahabatan tambahan dengan makhluk Tuhan yang begitu istimewa  yang telah di takdirkan buat saya.


Kami berjalan beriring menaiki tangga menuju bilik masing-masing. Sambil dia memimpin tangan saya naik tangga satu persatu, waktu itu bulan gelap terlindung awan jadi saya tak berapa nampak anak tangga, oleh itu Emilia terpaksa lah bantu saya hingga kami tiba di bilik tingkat satu. Bilik Emilia sebelah saja bilik saya.


Malam bertambah pekat bersama hadirnya gerimis di bening dini hari.


Bulan terlindung oleh awan yang semakin menebal dengan beberapa tompokan hitam, mungkin sebentar nanti hujan akan turun dan semestinya menjanjikan dingin yang nyaman bersama kenangan yang akan bertamu di sanubari nanti.


Angin sejuk menyelimuti segenap ruang di resort ini dan makin terasa dinginnya angin malam ini apabila saja kami sudah berada di tingkat satu yang merupakan kawasan yang lebih tinggi berbanding di kawasan reception counter di aras bawah tadi.


Malam itu saya susah untuk melelapkan mata dan  asyik teringatkan kisah suka duka tentang riwayat hidup yang pernah di lalui dan di tempuhi dengan perit dan penuh kesabaran oleh insan-insan istimewa yang baru saya selami hati nurani mereka sebentar tadi. Sambil meletakkan kedua-dua lengan di atas dahi semacam ultraman gayanya, perlahan-lahan malam semakin kabur dan saya hanya terbangun ketika anak-anak dan Mem bangun untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk sarapan.


bersambung.....


No comments:

Post a Comment